Budak Mengantuk Dibentangkan Tilam.

image

Tengok kereta merah belakang tu. Baru beberapa minit lepas dia tengah belek-belek kereta tu tapi tiba-tiba dia bagitau mengantuk dan terus baring atas tilam adiknya yang sengaja aku siap bentangkan untuk Haq. Sebenarnya dia memang dah mengantuk sebab lepas bangun tidur jam 8 pagi tadi dengan aku terus tak tidur dah. Sedangkan aku lepas lipat kain baju jam 12 tengah hari tadi dapat lelap sekejap…hehe.

Haq dah siap makan aku suapkan nasi berlauk ayam bakar mayonis kata mamanya. Lepas makan nasi dia nak buah anggur pula maka dilayankan saja.

image

Bila dah makan comot itu harus, mandikan dia tukar lampin dan biarkan dia main kereta merah itu sekejap. Tidak sampai 10 minit dia dah menyerah kalah pada matanya. Strategi dan perancangan aku berjaya. Memang Haq ikut DNA aku kalau betul-betul mengantuk letak kepala jer kompom lelap…mamanya dah kenal sangat…hehe.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

8 Responses

  1. papa mifz says:

    perut kenyang hati senang tidur pun lancarlah jadinya…:)

  2. Anuar says:

    Inilah rupanya ragam ayah dan anak waktu cuti macam ni… hehehe.. Mood bersantai.. 😉

  3. suriaamanda says:

    Alahai..senangnya nak jaga..anak buah SA si kembar tu.. bangun tido kul 12 tghari, pas tu tido malam kul 4 pagi..dah puas ajar tido awal..xdenya…sama jer…

  4. titan says:

    haha..dah mengantuk. tidur ajelah maa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *