Hubungi SKMM Program GMBO Untuk Tanya Status.

image

Hari ini sudah 26 Disember 2013 tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk tahun 2013 pergi meninggalkan kita. Terdetik hati nak cek status Permohonan GMBO sebab tiada panggilan diterima daripada pihak SKMM selepas aku hantar permohonan. Pelik juga kerana mengikut perkongsian dari blogger lain yang pernah mohon dan lulus memang ada menerima panggilan tersebut tapi aku tidak ingatkan tak lulus dah. Bila cek keluar nota “Permohonan Anda Telah Diluluskan”.

image

Nampak dah lulus tapi pembayaran belum diterima lagi. Apa lagi terus hubungi talian bebas tol 1 800 88 4040 untuk dapatkan maklumat lebih lengkap. Kata pegawai yang bercakap macam dalam kelambu itu permohonan dah lulus tunggu proses pembayaran sahaja yang akan ambil masa sedikit sebab banyak permohonan diterima.

Aku tanya soalan cepu cemas kalau dah lepas 31 Disember 2013 pembayaran tidak diterima adakah bermakna tidak dibayar? Katanya permohonan sahaja akan ditutup selepas 31 Disember namun proses pengesahan kelulusan dan pembayaran akan tetap diteruskan selepas tarikh tersebut sehingga dana yang diperuntukkan habis.

Jangan lepaskan peluang ini, anda ada 5 hari sahaja lagi untuk hantar permohonan GMBO.

*p/s: pihak SKMM langgan sijil https laman web mereka sampai 25.12.2013 sahaja, tak cukup setahun pun lagi program pun belum habis..hehe

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

29 Responses

  1. Mus says:

    tahniah bro

  2. Akuro San says:

    pernah call dulu… dia kata proses ambil masa sebulan…
    jadi.. tunggulah sampai bulan 1 nanti…

  3. Anuar says:

    Bro, Berdasarkan mnaklumat yang saya terima daripada Persatuan usahawan Internet Malaysia (Gero Azrul), beliau memaklumkan permohonan GMBO akan dilanjutkan sehingga geran tersebut habis digunakan.. Saya pun nak pohon juga, tapi masih dalam proses mendaftar perniagaan dan membuat laman web..

  4. titan says:

    tahniah sebab dah diluluskan. yehhh!

  5. hafizmd says:

    tahniah bro! moga duitnya akan kaching dalam masa terdekat..

  6. papa mifz says:

    den tumpang gembira…tahniah yo…

  7. Adam says:

    Dah apply haritu, nak cuba semak, apa pulak nombor rujukan. Haha.

    Kena call orang GMBO la pulak.

  8. shaifuddin says:

    mcm mana nk bkk website program tu, buat mase ni dia tutup ker.. saya call dah di luluskan, cuma nk nk sah kan no acc bnk mcm di atas tu mcm mana.

    • Ejam Othman says:

      sejak tamatnya program tersebut hujung tahun lepas memang tak boleh akses dah website mereka.
      kalau dapat call dan tahu diluluskan maka lebih baik call semula untuk sahkan no akaun bank saudara, hanya itu sahaja cara yang boleh sekarang.

  9. Liza Harun says:

    Salam..nak tye sikit kpd sesiapa yang dah dapat duit….ada x kena bayar ape2 bayaran kepada sesiapa selepas dapat duit tu..????

  10. Liza Harun says:

    Tapi xkan sampai RM700 kan???

    • Ejam Othman says:

      perjanjian awal ketika menggunakan servis pihak tersebut bagaimana?
      sekiranya dah ada persetujuan awal maka laksanakanlah janji tersebut.
      tapi apa yang saya boleh katakan kalau anda buat permohonan sendiri dan sediakan laman web sendiri maka tidak sepatutnya duit tersebut diberikan kepada sesiapa pun.
      lagipun duit tersebut masuk ke akaun anda bukannya pihak lain.

  11. mazanahosman says:

    saya nk tnya ada kah gmbo yg saya apply dh lulus

    • Ejam Othman says:

      Maaf jangan tanya saya. Awak harus telefon pihak mereka untuk pastikan status terkini.
      Jangan lambat bertanya nanti lambatlah dapatnya, kena kejar baru mereka buat kerja.

  12. mazanahosman says:

    adakah saya punya gmbo dh lulus

  13. apai sunny says:

    tumpang tanya….. ada tak apa2 aduan tentang ” jobandcash” dengan SKKM? ramai telah menyertainya termasuk saya… saya takut perkhidmatan ini satu penipuan… harap maklum segera… terima kasih

  14. lienazain says:

    Ni yang amanah ikhtiar buat tu ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *