Masuk Payah Nak Keluar Pula Bermasalah.

image

Di kawasan sekolah tempat aku berkhidmat sedang berjalan kerja naik taraf gelanggang bola keranjang. Sebelum ini ianya dalam bentuk terbuka dan setelah siap nanti ianya bakal dilengkapi dengan bumbung yang tinggi. Bayangkan tiang besi yang panjang dihantar oleh treler tersebut perlu melalui susur gajah yang dibina sebelum ini tak fikir kemungkinan yang mendatang seperti yang terjadi sekarang.

image

Waktu treler ini nak masukkan dah sikit punya susah sekali nak keluar pun tetap bermasalah juga. Tapi aku tabik spring betul pada abang driver treler panjang ni, yeler bukan senang nak kawal kepanjangan treler ini. Orang yang ada skil dan logik akal yang baik jer boleh kendalikan treler sepanjang ini. Kesudahan kisah ini aku tak pasti sebab waktu itu aku dah siap sedia nak balik ke rumah.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

7 Responses

  1. Arman says:

    Ni mesti mahu kreatif baru boleh bawa masuk treller. lagi jalan memang sempit..

  2. Bahrain says:

    pemandu treler ni mesti dah berpengalaman lama ni…bagi dia mesti kacang jee..

  3. Haha..dasyat treler masuk sekolah ni…bukan mudah nak handle wo…

  4. luthfi says:

    harus benar-benar driver yang berpengalaman tentunya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.