Menidurkan 2 Hero Serentak.

image

Waktu mamanya nak memasak kenalah papanya ambil tugas jaga hero berdua ini. Tidurkan Haq dulu dalam pendodoi adiknya tu, dah lena alongnya sambung dodoi Aqil pula dalam buaiannya. Aqil ni punya perangai kalau berhenti buaian tu sebelum dia lena sangat mesti akan terjaga balik.

image

Bayangkan situasi inilah yang isteriku hadapi selama seminggu di sini bila sudah tiada bantuan orang lain. Minggu depan kami bercadang nak hantar Haq semula ke rumah pengasuhnya agar dia dapat sesuaikan diri semula serta dalam masa yang sama Aqil dapat perhatian lebih dari mamanya.

Tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum mamanya masuk kerja semula. Banyak agenda perlu dilaksanakan agak kerja-kerja dipejabat tidak terganggu dengan ragam anak-anak. Kita hanya merancang selebihnya berserah saja pada Yang Maha Kuasa.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. anuar says:

    Isteri bro dah nak masuk kerja semula Rupanya.. Sekejap betul masa berlalu… Isteri saya mula masuk kerja bulan Januari ni.. Hari tu dia ambil cuti 90 hari.. Wife bro ambil cuti bersalin berapa hari?

  2. Bahrain says:

    kalau budak yang senang tidur tak apa, kalau budak yang susah nak tidur memang payah nak jaga..kena sabar je.

  3. muja says:

    tak pe bersusah sekarang,, anak-anak bakal penyenang hati dunia akhirat kita nanti,, insya ALLAH 😀

  4. luthfi says:

    semoga semua rencana bisa berhasil dengan baik dan lancar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.