Plastik Poslaju Prabayar Khas Untuk Penghantaran Ke Sabah Sarawak.

image

Semalam aku ada beritahu nak kongsi maklumat tentang beberapa produk baru Poslaju, tadi aku berjaya minta kebenaran pegawai kaunter Poslaju pinjam sampul tersebut untuk ambil gambar. Nasib baik mereka sempoi dan mesra pelanggan.

Sampul Plastik Prabayar Poslaju Sabah Sarawak ini baru diperkenalkan tapi tarikh tepat tidak aku ketahui. Untuk sampul ini ada 2 saiz iaitu S (berat limit 500gm) dan L (berat limit 1kg). Bagi saiz S dijual pada harga RM10 manakala saiz L pada harga RM15.

Perbezaan yang ada pada sampul ini ialah warna biru dan dikhaskan untuk penghantaran dari Semenanjung ke Sabah / Sarawak, Sabah / Sarawak ke Semenanjung, Sabah ke Sarawak, Sarawak ke Sabah.

Sistem Prabayar yang disediakan oleh Poslaju ini sangatlah membantu sebab sampul plastik tersebut siap dengan kos penghantaran. Peniaga produk fizikal secara online mesti tahu akan kehadiran dan kebagusan produk ini.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. luthfi says:

    mantab ya,,tentunya akan memudahkan para pedagang dalam pengiriman barang mereka.

  2. dscarnia says:

    salam perkenalan.. hihii cari2 maklumat pasal sampul prabayar s.. ingatkan ada utk semenangjung je.. hihii terima kasih share 🙂

  3. rose amani says:

    Assalam..same juge sy..dok cari psl hrg parcel nk pos ke ss..alhamdulillah jmp..tq for sharing this.

  4. aleshalee says:

    Nak tnya, kalau beli sampul ni, dia ada time limit ke dri bila smpi bila kte boleh pos dri tarikh pmbelian?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.