Hari Sekolah Tahun 2014 Sudah Bermula.

image

Hari ini sesi persekolahan tahun 2014 telah bermula maka jadual kerja aku kembali kepada jam 7 pagi hingga 3 petang semula. Bila mana dah kena keluar awal maka mamanya seorang sajalah yang kena uruskan anak-anak di awal pagi untuk dihantar ke rumah nenek pengasuh.

Bila tengok anak-anak tidur lena sebelum keluar kerja rasa sayu pula tapi apa boleh buat jadual waktu kerja papa dan mama tak sama. Apa yang penting petang nanti balik saja ke rumah papa sudah ada.

image

Air liur basi meleleh basah cadar.

Sekitar jam 8 pagi tadi telefon mamanya tanya bagaimana situasi pagi tadi katanya semua ok dan dalam kawalan. Percubaan urutan kerja dalam proses menghantar anak ke rumah pengasuh berjaya dan penggunaan masa dapat diminimakan. Semoga anak-anak beri kerjasama baik kepada mamanya setiap hari.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. Selamat kembali ke sekolah bro Ejam 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *