Kad Magnetik Pintu Bilik Hotel Yang Menyusahkan.

image

Pada hari Sabtu yang lepas kami sekeluarga bermalam di The Zenith Hotel Kuantan kerana pada sebelah siangnya Isteriku ada seminar Magic Aura Jutawan Shaklee di Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC). Hotel ini cantik juga, kemudahan dalam biliknya juga ok. Ada satu perkara yang aku kurang berkenan dengan sistem yang mereka amalkan, iaitu Sistem Kunci Kad Magnetik yang menyusahkan. Apalah yang menyusahkan sangat tu.

image

 

image

Masuk ke bilik menggunakan kad magnetik tersebut, untuk menggunakan segala sumber elektrik juga perlukan kad tersebut di dalam slot yang ditetapkan namun itu adalah NORMAL bagi kebanyakkan hotel atau yang sewaktu dengannya. Cuma yang buat aku rasa sangat menyusahkan ialah akses ke tingkat penginapan menggunakan lif juga memerlukan anda scan terlebih dahulu kad magnetik itu di dalam panel lif sebelum boleh menekan tingkat yang ingin dituju.

image

Lihat gambar di atas, mungkin dari segi sekuriti pengunjung/pengguna mereka adalah lebih terjamin dari ancaman jenayah luar (tidak terjamin juga sebenarnya). Bagi kami yang datang untuk tujuan seminar, bawa bersama 2 orang anak kecil ada waktunya tidak dapat turun bersama ke dewan seminar maka di situ menjadi masalah besar buat kami untuk salah seorang yang tinggal di bilik. Kad magnetik harus dibawa bersama turun ke bawah sebab nanti tak boleh balik ke bilik, sedangkan mereka yang tinggal di bilik perlukan bekalan elektrik untuk keselesaan. Situasi terbahagi kepada 2 bagi satu keluarga. Sangatlah tidak mesra pelanggan.

Mohon mereka fikirkan alternatif lain agar masalah ini tidak membebankan pelanggan. Menginap untuk selesa bukan untuk terseksa susah bergerak ke sini sana.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

6 Responses

  1. Ammar says:

    Susahlah macam tu kalau naik liff pun pakai kad ni. Aduh… diorang tak fikir ke sblm buat. Macam2

  2. Bahrain says:

    Dah banyak hotel sekarang menggunakan kad dalam lif atas keselamatan dan juga tidak mahu sesiapa yang bukan penginap hotel tidak dibenarkan masuk. Tak tahu sama ada praktikal ataupun tidak. Kebiasaannya saya akan minta kad lebih untuk adik beradik lain.

    Kad magnet dalam bilik biasanya saya akan gantikan dengan kad lain kalau nak keluar. .hahaha. biar sejuk dalam bilik.

  3. reezluv says:

    mmg menyusahkan sangat tu nampaknya..

  4. C'betty says:

    Yup sgt susah..sama jg spt hotel di swiss in …aduhai pntu smua perlukan kad akses…?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *