Rampasan Kuasa.

image

Punyalah Along Haq dengki dengan adiknya sampaikan tempat mainan untuk adiknya pun jadi milik dia. Memang sebelum ini dia punya tapi kenalah sedar diri dan sedar ruang bahawa dia sudah ada adik. Pada mulanya letak Aqil di situ untuk dia bermain dengan benda-benda yang tergantung itu.

image

Waktu sebelum Along Haq tidur ini dia siap minta dibentangkan mainan tersebut untuk dia tidur. Nasib baik adiknya tak heran sangat nak berebut, kalau dah besar sikit jawabnya boleh gaduh seperti Papanya ketika kecil dulu. Oh ya aku dengan abang sulungku memang kerap gaduh sampaikan hanger dan getah paip selalu hinggap belakang badan…hehe. Mana tidaknya aku dan abangku juga selang setahun jer umur kami.

Semoga Haq dan Aqil akan jadi sahabat yang baik bila meningkat dewasa. Jangan berkelahi sangat ya, sikit-sikit boleh ler sebagai pengalaman hidup.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. Anuar says:

    Ini barulah nama anak lelaki Bro.. hehehe

  2. titan says:

    biasalah tu. mak gua kata, gua dulu pun selalu buat rampasan kuasa..

  3. bagi can laa abg pun nak merasa tilam best 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.