Sedap Juga KFC Golden Wrap Chicken Terbaru.

image

Bungkusan KFC Golden Wrap Chicken.

Alhamdulillah merasa juga menu baru KFC ini sempena Tahun Baru Cina yang akan datang. Nama menu ini ialah KFC Golden Wrap Chicken. Tahun lepas pernah keluar sekali dan aku telah buat entri juga, sebuah entri kekecewaan terhadap menu tahun lepas. Ada pengunjung blog ini komen pada entri lama itu kononnya aku silap nilai walhal dia salah komen kot pada entri lama. Untuk menyedapkan hati aku cuba try test sendiri menu baru ini untuk melihat sejauh manakah perubahan yang telah dibuat oleh KFC selepas dikecam hebat sebelum ini.

 

image

Ayam 2 ketul dan cendawan.

Ternyata tahun ini KFC ambil berat akan komen-komen yang dilemparkan tahun lalu, rasa yang dibawa oleh menu kali ini ternyata berbeza sekali. Bila sudah berbeza maka kesedapan itu dapat dirasai, berbaloi setiap sen yang dibayar pelanggan.

image

Rasa rempah yang memikat.

Katanya rempah yang disalut pada ayam itu adalah Perisa Orleans, itu aku tidak tahu secara spesifik tentangnya dan apa yang aku rasa rempah yang digunakan kena pada daging ayamnya. Cendawan butang yang disertakan juga masih kenyal-kenyal dan sedap dikunyah. Aku ambil tambahan nasi untuk dimakan bersama.

image

Makan bersama nasi, sedap.

Ayam ini berjaya dihabiskan, yang tinggal hanya tulang-tulang dan kertas minyak tersebut. Untuk kanak-kanak pun rasanya boleh makan juga kot sebab tidak berapa pedas sangat cuma terasa berempah sahaja. Kepada yang nak cuba menu ini memang dicadangkan sangat-sangat sementara masih ada lagi. Katanya edisi terhad, jangan lepaskan peluang ini.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

9 Responses

  1. titan says:

    aku rasa kupon kfc aku masih ada lagi nih..

  2. Bahrain says:

    tahun lepas dapat rasa kureng skit rasanya tak tahulah kalau itu taste orang cina, tak tahulah kalau tahun ni dapat rasa ke tak..

  3. zie fauzi says:

    edisi terhad ye.. maknanya lepas chinese new year dah tak de la resipi ni.. hmm…harus cuba ni…

  4. syu90 says:

    nak try la nnti..dlu xsmpt try & rmai yg ckp xbbaloi..

  5. akubiomed says:

    Nampak ada iklan besar tetapi lihat didalam gambar entri ini kecil pula. Apa yang penting ia sedap sehingga menjilat jari.

  6. Hehe, macam sedap… Tapi budget makan yang pelik2 bulan nie dah habis… Hahahahaha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.