Tandas SASICC Tidak Mesra Bayi.

image

Hari ini kami di Kuantan menghadiri Aura Magik Shaklee dengan tujuan untuk mendapatkan aura positif yang mampu menambahkan semangat pada diri dalam mengejar impian bergelar Jutawan Shaklee. Lokasi majlis ialah Sultan Ahmad Shah International Convention Centre (SASICC).

image

Tempat megah namanya tapi kemudahan tandas hanyalah untuk dewasa sahaja tiada pula untuk bayi. Sampaikan nak salin lampin anak pun terpaksa gunakan ruang yang ada antara sinki sahaja. Haq dah malu nak salin lampin di hadapan public.

image

Aqil terberak pagi tadi, disebabkan bahaya untuk salin lampinnya di ruang celah sinki maka aku tukarkan lampin tersebut di ruang legar SASICC. Kemudahan kerusi sofa di ruangan menunggu digunakan, aku alas dulu sebelum Aqil baring kemudian siapkan dia. Haruman dari berak Aqil memenuhi ruang.

Harap sangat pihak bertanggungjawab ambil berat akan kemudahan ini di tanda awam.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. titan says:

    bagitau direct aje kat sana..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *