Bolehkah Mereka Berdua Tidur Bersama?

image

Ini gambar malam tadi beberapa minit sebelum kedua-duanya tidur lena sampai ke pagi. Aqil tu sengaja aku angkat dan letakkan sebelah abang Haq untuk tengok reaksi abangnya tu. Ternyata kena siku dulu adiknya seperti nak tolak supaya menjauh darinya. Kena cakap baik-baik supaya abang jangan buat adik nanti adik menangis. Dia boleh terima cadangan itu.

image

Bila kita sedar bolehlah letak mereka tidur bersebelahan tapi sebelum kita tidur kena jarakkan mereka dengan menjadikan diri mamanya sebagai pemisah. Sudah tentulah mamanya sahaja harapan yang ada sebab papa tidur bawah..hehe.

image

Jika dibiarkan dua beradik ini tidur bersebelahan jawabnya jadi seperti dalam gambar di atas. Tu gambar kelmarin yang di-wasap-kan mamanya pada pagi hari selepas aku pergi kerja. Baru beberapa minit sahaja mamanya tengok dan keluar pergi dapur, masuk bilik semula inilah jadinya. Alahai abang Haq ganas betul tidurnya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. sukma says:

    kena dijarakkan tidurnya nie kalau tidak teruk adik kena dengan abangnya…

  2. Fadhil says:

    Tu dia. kaki sampai ke atas adiknya ha. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *