Cendol Bakar Auntie Sue Dengkil.

image

Dalam perjalanan balik tadi kami sengaja singgah kedai Cendol Bakar Auntie Su Dengkil ini sebab semalam petang terlajak lepas nampak kedai ini. Siap ada pandu-lalu lagi kedai ni. Ada menu lauk makan tengah hari juga.

image

image

Aku pilih cendol bakar tapai dan isteriku pilih cendol bakar pulut. Bagi aku ok ler sedap dengan tambahan tapai pulut tu. Isteriku tak berapa suka pulut yang diletakkan sebab benyek sangat tidak terbentuk beras pulutnya.

Bekas yang digunakan agak kecil untuk harga yang dikenakan. Mereka perlu sesuaikan saiz dengan harga sebab sikit tak puas makan. Cendol dengan tapai RM3.50 manakala cendol dengan pulut RM3.00

image

Dalam kedai sama juga ada makanan tengah hari, rojak dan juga rojak kuih. Oh ya salah seorang daripada pekerja bahagian makanan tengah hari tu sangatlah menyakitkan hati dengan muka ketat minta kaki jer. Kita tanya elok-elok jawabnya macam…kalau mood tak elok jangan duduk depan pergi belakang basuh pinggan ker.

Makan cendol digalakkan tapi makan tengah hari toksah ler kat kedai ni. Sekian.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. Nak kirakan dekat gak la dengan umah aku nie tapi tak kesempatan nak singgah…. takpe nak kena cuba gak cendol nie sendiri….

  2. Hafizul says:

    Perghhhh…bila auu leh rasa ni..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.