Haq Bikin Gempar Di Awal Februari.

image

Hari ini secara rasmi masuk bulan Februari bagi tahun 2014. Pada hari pertama inilah juga ditakdirkan Haq bikin gempar dengan memasukkan benda dalam lubang hidung belah kanannya. Perkara ini terjadi tengah hari tadi, pada awalnya ingatkan boleh keluar dengan sendiri melalui hembusan atau ketika dia bersin. Namun sangkaan kami meleset walaupun telah 2 kali aku sedut lubang hidungnya tetap tak nak keluar.

image

Lepas solat Asar kami ke bahagian kecemasan Hospital Machang untuk dapatkan rawatan. Petugas di situ menarik keluar gumpalan plastik yang mana lepas dibuka melebihi besar syiling 20 sen. Alahai anakku Haq macam-macam ragam saat meningkat dewasa ni. Lepas ni jangan buat lagi ya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

10 Responses

  1. Adeih. Bahaya tu plastik. Alhamdulillah lega semuanya selamat.

  2. titan says:

    pehh..ngeri wehh. mesti sakit nih.

  3. Akuro San says:

    Ya Allah… mujur tak apa-apa…

  4. zie fauzi says:

    mujur perasan cepat.. pernah ada pengalaman anak masukkan benda dlm hidung.. mmg tak tahu langsung.. tau2 je hidung anak dah berbau busuk… rasa pernah buat entry pasal ni…

  5. Fadhil says:

    Bahaya ni. Budak2 memang pantang lepa ada je benda dibuatnya. Alhamdulillah, takda apa – apa.

  6. Lan Careno says:

    Allahhuakbar… klau aku kompom lemah jantung… hahah.. hadoila wahai anak…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *