Dah Lama Tak Pakai Jam Tangan.

image

Beberapa minggu lepas ternampak jualan jam tangan Casio ini di laman web Dealmates terus terjatuh hati. Mengimbau memori lama jugalah sebab designnya memang kategori retro-muncul-kembali. Ada pula pilihan warna biru lagilah melonjak-lonjak nafsu nak beli..hehe.

image

Didatangkan dalam kotak yang cantik dan kemas rasa macam pakai jam tangan mahal pula walhal harga baru RM59.00 sahaja. Awal minggu ini aku dapat email daripada pihak Dealmates minta tukar pilihan warna sebab biru dah habis stok katanya nak tukar dengan warna kelabu. Aku setuju walaupun hati pilu sebab tak dapat warna pilihan itu.

image

Syukur Alhamdulillah bila dapat bungkusan dari Dealmates ini warna biru diberikan, muka ada senyum juga hati bunga-bunga.

image

Bila pakai jam tangan ni terus ke lubang kedua terakhir, nampak tak betapa kurusnya tangan aku ini walaupun saiz badan kembang setaman..hehe.

Harap-harap tidaklah terjadi gatal-gatal di tangan tersebut, punca aku dah lama tak pakai jam tangan adalah sebab itu. Balik rumah nanti kena simpan elok-elok kalau tidak nanti jadi mainan Haq pula, boleh jadi gaduh ni…hehe

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

18 Responses

  1. Hafiz Rahim says:

    Jam ni legend oo..dulu ramai gilakan jam casio ni.

  2. sohoque says:

    memang retro lah jam tu bro

  3. eXplorasa says:

    aku sampai skrg tak pakai jam slps jam hadiah kawin aku doblas tahun dulu putus tali.. hehehehe

  4. uissshh….memang halus betul tangan bro nie yea….kalau saya confirm yang lubang pertama tu

  5. Denaihati says:

    tulisan iluminator buat dengan rekabentuk retro ni nampak fresh balik.

  6. Sumijelly says:

    apa class.pakai jam digital… hik3

    eh..eh… kak sumi lagi la hampir 20 tahun kot tak pakai jam… dn rujuk kat HP jer kalu nak tgk jam…hik3

    • Ejam Othman says:

      nak bagitau kak sumi, saja nak berlagak ni, saya pakai samsung galaxy mega 6.3 kadang2 susah nak tgk jam sebab besar sangat…haha *riak gaya abangensem*

      saya tak mahir tengok jam jarum tu kak tu sebab pakai versi digital…hehe

  7. titan says:

    aku memang dah terbaisa pakai. rasa lain plak bila tak pakai..

  8. papa mifz says:

    teringin juga nak pakai jam digital semula…=)

  9. Hafizul says:

    Emm saya pulak suka pakai yang ada jarum tu..hehe

  10. jam tangan says:

    Hi there, You’ve done a fantastic job. I will definitely digg it
    and personally recommend to my friends. I’m sure they’ll be benefited from
    this website.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *