Kena Tinggal 3 Hari.

image

Cuba tengok muka budak ni kesian tak? Kesian sangatkan. Minggu depan mamanya ada kursus 3 hari di Putrajaya maka tinggallah abang dan adik ini dengan papanya. Tugasan menghantar anak-anak ke rumah pengasuh pun bertukar tangan. Memandangkan waktu masuk kerja aku adalah jam 7 pagi maka kenalah masuk lambat dan balik lewat sikit bagi waktu kerja cukup syarat.

Kerisauan aku hanya pada Aqil sahaja sebab dia masih menyusu badan. Bila balik ke rumah dari rumah pengasuh secara automatik dia nak susu badan sahaja. Tidur pun nak berkepit sahaja dengan mamanya. Harapnya dia tak meragamlah bila tidur bawah ketiak papanya.

Abang long Haq tak risau sangat sebab dah besar dan bijak. Semoga semuanya berjalan lancar.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. KiD says:

    alahai.. ciannya yea…. sesekali kena rasa tinggal dengan mama.. hehehee

  2. Wah… Jadi Mr. Mama untuk 3 hari yer nanti. Good luck!

    Saya kagum dengan bapa yang mampu jaga anak tanpa maknya…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *