Pagi Petang Ke Galeria Putrajaya.

image

Pagi-pagi lagi dah keluar rumah sebab nak hantar puan isteri kursus di Putrajaya, secara spesifiknya ialah di bangunan Galeria Putrajaya tu. Dalam bangunan itulah terletaknya JPKK. Apa itu JPKK? Google sendiri ler…hehe. Selama 3 hari rutin ini akan dilakukan yang mana kami bermalam di Teluk Panglima Garang. Satu jam jugalah jarak perjalanan sehala tapi takper ler demi anak-anak.

Kerisauan pada Aqil sebenarnya sebab malam kalau nak tidur mesti nak peluk-peluk mamanya. Risau dia tak boleh tidur baik aku ambil cuti.

image

Jam 7.30 pagi dah sampai lokasi, cari sarapan dulu nasib baik Kafeteria KBS sebelah bangunan jer. Tengok dalam Galeria ni restoran kelas atasan punya dengan Subway bagai. Kita tekak orang kampung mana boeh sarapan kalau tak pekena nasi. Sedap juga nasi kerabu Kafeteria KBS tadi. 2 orang makan dengan nescafe panas dalam RM13.60, lauk paru goreng dan ayam gulai.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. bro, cafe KBS yg dlm bangunan DCA tu x sedap…dah la mahai, pastu bila masok cafe tuh abeh bau melekat kat baju..kami warga DCA pon x penah mkn kat situ…better g cafe NRE atau Anjung Seri dlm Galeria tu…kat Anjung Seri tu sedap!…cuba try test laa..

  2. Hurmm… next time kasi letak gambar nasi kerabu atau makanan yea…. hehehehe

  3. Anuar says:

    Rajin Bro berulang alik ke Putrajaya…. 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.