Sedap Masuk Tekak Bubur Nasi Panas.

image

Ambil kau semalam cerita pasal bubur nasi hari ni cerita sama juga tapi kali ini aku betul-betul makan bukan rasa sesudu dua saja. Semangkuk itu aku yang punya. Pagi tadi sampai agak awal ke Galeria Putrajaya walaupun gerak lewat sikit. Serius aku tak boleh kalau setiap hari berulang pergi balik keje sejam sehala, memang letih dan stress jadinya. Syabaslah pada mereka yang sedang dan akan teruskan kegigihan itu demi mencari rezeki dan menunaikan amanah dalam kerja yang diberikan.

image

Dalam perjalanan pagi tadi terserempak dengan seorang makcik di tepi jalan, dia seorang penoreh getah. Apa yang dia nampak pada deruan kereta yang lalu di hadapannya mengejar masa untuk ke tempat kerja masing-masing. Mungkin dia nampak mereka itu selesa dalam pendingin hawa kereta masing-masing sedangkan dia menjadi mangsa gigitan nyamuk setiap pagi.

Setiap kita punca rezekinya berbeza oleh itu hormatilah seadanya. Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan untuk kita setiap hari. Jangan riak andai duit kita banyak sebab belum tentu itu rezeki kita seorang mungkin rezeki orang lain yang disampaikan pada kita. Rezeki punyai pasangan yang baik dan anak-anak yang sihat itu juga jangan dilupakan.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. Hafizul says:

    Ada yang pergi cari nasi air petang ni..hahaha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.