Disebalik Tabir Studio Pengambaran Produk HEYdotMY.

image

Ini adalah projek gila-gila aku awal pagi tadi semata-mata untuk ambil gambar stok baru Seluar Pelikat. Sebelum ini aku menggunakan latar belakang karpet hijau ikea tu, terasa bosan pula kalau terus dengan kaedah sama. Memandangkan beberapa bahan untuk latar belakang hitam dah sedia ada maka aku teruskan juga agenda itu.

image

Rangka kayu itu adalah alas baby coat anak-anak aku, untuk dapatkan ketinggian yang lebih aku guna rehat kayu tersebut sebagai penampung ketinggian. Pita ukur tu kononnya letak untuk dekorasi tapi lepas ambil gambar pertama terus buang sebab rasa rimas serabut sangat.

image

Inilah gambar seluar pelikat dengan pita ukur bagai, serius serabut bagi mata aku. Minimalis harus diterapkan sebab gambar untuk Instagram buat apa serabut-serabut sangatkan.

image

Gambar di atas adalah set awal untuk pengambaran produk itu tapi disebabkan ada kekurangan dari segi gambaran produk itu terus aku ubah. Idea awal memang selalu banyak try and error barulah dapat hasil yang terbaik.

image

Tengoklah seluar pelikat itu tidak berapa kembang dan tidak dapat dilihat dengan jelas bukaan kaki seluarnya.

image

Perasan atau tidak ada papan hitam bulat yang aku gunakan untuk melabel setiap seluar pelikat dalam gambar di atas. Ianya adalah papan lapis yang aku balutkan dengan stiker hitam serupa latar belakang yang digunakan. Nasib baik ada lebihan yang boleh digunakan untuk idea terakhir yang dapat secara mengejut.

Syukurlah awal pagi tadi sekitar jam 3 pagi proses ambil gambar, melabel dan membungkus semua stok Seluar Pelikat telah berjaya disiapkan. Lepas ini akan memuatnaik setiap gambar tersebut ke dalam Instagram @HEYdotMY.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

8 Responses

  1. Pukul 3 pagi baru siap ek.. So total berapa jam keseluruhannya…. Terbaik…

  2. titan says:

    ohh..macam itu rupanya ye..

  3. zool says:

    payah jugak nak ngambil gambar seluar pelikat nu

  4. Anuar says:

    Terbaiklah Bro… Bro memang kreatif…

  5. Hafizul says:

    haha..hebatnya car abro ambik gambar seluar ni..leh la saya tiru pulak…ke tak boleh?hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *