Hazman Fadzil Food Blogger Melayu di MHI TV3.

image

Baru sebentar tadi blogger hebat dalam food blogging saudara Hazman Fadzil bersiaran secara langsung di MHI TV3. Suatu pencapaian yang hebat buat beliau di suku pertama tahun 2014 ini. Kini blogger sudah mendapat perhatian pihak media. Bulan lepas saudara Hazman Fadzil dapat slot di surat khabar Utusan, bulan ini di TV3 pula.

image

image

Kepada sesiapa yang hadir ke SBB2014 nanti jangan lupa bergambar dengan beliau dan dapatkan autograf juga ya.

Ada part menarik dalam perbualan tadi ialah secara tidak langsung pihak MHI beri ruang promosi kepada beliau. Seandainya pengusaha kedai makan berminat nak dapatkan khidmat review bolehlah hubunginya secara terus. Lepas ini makin melelehlah air liur pengunjung blog Hazman sebab tengok gambar makanan yang sedap-sedap.

image

Cantik tak blog Hazman Fadzil? Ada sentuhan sifu Eizil di situ sebenarnya, jangan main-main mesti power punya.

Ucapan tahniah buat saudara Hazman semoga tahun 2014 ini akan membawa lebih kecemerlangan, kejayaan dan kegemilangan buatnya dalam penulisan di blog.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. alhamdulilah.. satu pekembangan yang bagus di dengar.. semoga berjaya

  2. titan says:

    wahh..masuk tv dahhhh. tahniahh..

  3. reezluv says:

    kena bergambar ni..tak bergambar rugi….hoho

  4. Thanks bro… aku rasa gambar dari blog nie yang kuar paling awal dalam media sosial…. apapun semoga bisnes bro akan bertambah maju yea….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.