Kelab Kereta Bermulanya Cerita Cinta.

myvi-hitam-putih

Bercerita pasal kereta sebelum ini aku teringat pula tentang saat-saat pertemuan dan penyatuan dua jiwa, ewah ewah mengimbau kenangan silam nampak..hehe. Sebuah kelab kereta Perodua Myvi iaitu Myvians merupakan kelab yang menjadi titik tolak pertemuan itu. Bila sesi teh tarik sajalah waktu kami bertentang mata, mula-mula kawan baik sahaja tiada perasaan lebih dari tu tapi lama kelamaan bunga-bunga cinta mula berputik.

bercinta-dalam-senyap

Comel tak isteri saya dalam gambar di atas, dia ambil gambar saya manakala saya ambil gambar dia. Waktu ini tiada seorang pun ahli kelab tahu akan hubungan sulit ini. Kami berjaya merahsiakannya sampailah kad jemputan dah siap bercetak untuk diedarkan. Masing-masing mulalah rasa “marah” lagi “tertipu” dengan kami selama ini yang kelihatan bersahaja seperti kawan-kawan yang lain.

bayang-bayang-kami

Bila sudah bersatu kami “terpisah” semula walaupun saat tempoh bertunang lagi sudah berjauhan kerana aku masih kerja di Melaka sedangkan isteriku telah mendapat kerja di sektor kerajaan dan bertugas di Mentakab, jadilah kami pasangan suami isteri PJJ. Setahun lebih jugalah kami begitu. Selepas aku pindah ke Mentakab kami masih mempunyai 2 kereta disebabkan aku bekerja syif sebagai Penyelia Plaza Tol Temerloh.

Pakai 2 kereta memang rasa terbeban bila tiba masa untuk renew insuran dan cukai jalan, alangkah beruntungnya kalau ada tawaran potongan sehingga 15% untuk insuran dan cukai jalan seperti yang diberikan oleh syarikat RichPlan4U.com ini. Dah ler boleh berjimat, duit lebihan itu boleh menabung pula. Menabung itukan bagus, kalau nak dapatkan Khidmat Nasihat Kewangan bolehlah hubungi pakar di dalam RichPlan4U (Rich Plan Management & Consultancy) itu.

Ok berbalik kepada cerita kereta kami, lepas isteriku disahkan mengandung aku pula bertukar kerja lagi untuk kali kedua ketika di Mentakab ini kami mengambil keputusan untuk menjimatkan perbelanjaan bulanan dengan menjual kedua-dua kereta Myvi kami dan mengambil MPV sebagai ganti. Perodua Alza adalah pilihan terbaik buat kami dari segi penggunaan ruang, bayaran bulanan, penyelenggaraan dan penjimatan minyak serta yang paling kami suka ialah kualiti pada produk Perodua.

Sehingga kini waktu aku pun sudah menyertai sektor kerajaan kami masih menggunakan sebuah kereta sahaja manakala aku menggunakan motor sahaja sebagai kenderaan berulang-alik pergi dan balik kerja. Semoga perjalanan kami setiap hari mencari rezeki sentiasa dilindungi oleh-Nya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

9 Responses

  1. Anuar says:

    Terkenang zaman muda-muda dulu nampak… Perkongsian cerita yang bersahaja dan menarik… Semoga bro sekeluarga terus dimurahkan rezeki…

  2. Hairul Azni says:

    Wah!..mengimbau kenangan ni bro..
    Semoga berbahagia selalu ye?.. 🙂

  3. shieda says:

    Hahaha korang mmg….cover line baik punya…tp tu la time tu kalau melibatkan nor …ejam laju jer respon nya…ajak ke jasin laju je gerak…

    P/s: rindu kat laksam buatan nor

  4. profhariz says:

    Sweet juga hang ni ya bro. hehehe

  5. mrhanafi says:

    eemm..menarik perkongsian cerita cinta ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *