Keretaku Dulu Sebuah Papan Iklan Bergerak.

myvi-biru-anzelin

Suatu ketika dahulu sebelum aku berhijrah ke Mentakab Pahang ini aku pernah bekerja di Melaka. Pejabat aku kerja itu mempunyai banyak skop perniagaan yang mereka buat dengan pelbagai nama perniagaan, sebuah syarikat yang aku suka suasana kerjanya dan tempoh 5 tahun lebih juga aku berkhidmat. Salah satu perniagaan mereka adalah produk herba cina yang mempunyai pelbagai kelebihan untuk pelbagai jenis masalah pada tubuh seseorang.

Katak-Biru-Anzelin-500x375

Bila bos bagi peluang untuk tambah pendapatan dengan menjual produk syarikat apa lagi aku terus ambil peluang tersebut. Beli domain, buat laman web promosi dan rancang strategi promosi, tengoklah punya semangat. Katak kembung a.k.a Myvi aku tu pun terus berubah menjadi Papan Iklan Bergerak selepas aku nekad pergi kedai stiker buat tempahan untuk stiker di badan kenderaan. Berhabis jugalah ratus ringgit, tidak mengapa cuba dulukan.

Myviku-500x375

Nak dijadikan cerita sedihnya, waktu dalam perjalanan ke rumah isteriku (dulu kami PJJ) malam beberapa hari lagi sebelum Raya Aidilfitri ketika melalui Lebuhraya Karak Genting Sempah katak kembungku dilanggar dari belakang. Puncanya kereta itu ikut rapat waktu jalan sesak dan cuaca pula hujan. Sedih juga bila terjadi perkara ini saat kereta memang perlu sangat untuk perjalanan balik kampung. Nasib baik isteriku juga pakai katak kembung juga tapi warna putih, maka kereta itulah yang kami gunakan untuk balik kampung.

Kemalangan itu aku hanya minta ganti rugi ditempat kejadian sebab pemilik kereta yang menjadi punca itu hanya nak buat tuntutan insuran pada keretanya sahaja. Makan masa juga lepas beberapa bulan barulah aku hantar perbaiki kesan kemalangan tersebut. Gambar di atas adalah kereta selepas baikpulih bumper belakang tersebut.

Waktu yang tidak terduga seperti kemalangan inilah insuran memainkan peranan penting, kena pilih penyedia insuran yang mempunyai reputasi terbaik dalam tuntutan insuran dari penggunanya. Pihak RichPlan4U adalah sebuah syarikat yang menjadi agen kepada Etiqa Takaful dan juga Takaful Ikhlas yang mana 2 penyedia insuran tersebut mempunyai rekod yang baik serta yang patut menjadi keutamaan sekarang ialah sistem Takaful yang diamalkan dalam perniagaan mereka. Banyak kelebihan sistem takaful ini, Google sendirilah kalau nak tahu…hehe.

Kalau nak perbaharui cukai jalan (roadtax) jangan segan-segan hubungi pihak RichPlan4U untuk mendapatkan potongan sehingga 15% untuk insuran dan cukai jalan, tempahan awal bermula sekarang hingga ke 31 Mac 2014 ini. Bila ada tawaran berjimat waktu ekonomi kurang cantik sekarang ini memang harus diambil kesempatan.

Terima kasih pada SalamMedia sebab beritahu peluang berjimat ini.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

9 Responses

  1. akubiomed says:

    Bukan kecil-kecil anak saiz iklan. 🙂

  2. kereta iklan bergerak pun oklah gak.

    yeop nak praktikkan di kereta yeop 🙂

  3. zool says:

    besau sticker tu… memang nampak dari jauh

  4. profhariz says:

    Pernah jumpa kereta macam ni bro. Dan tak sangka hang pun buat. hehehe

  5. Lepas nie boleh sponsor T SHIRT untuk iklan dengan saya yea…. by the way good luck yea bro….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *