Lenovo A880 Telefon Pintar Harga Mampu Milik.

image

Pertama kali menggunakan telefon pintar jenama Lenovo ini walaupun sekarang aku memiliki Samsung Galaxy Mega 6.3. Bayangkan Lenovo A880 ini sendiri sudah 6 inci ditambah dengan Mega 6.3 inci pula, memang penuhlah poket bawa 2 telefon pintar yang besar.

Dah tahu ada Mega kenapa beli Lenovo A880 pula? Ok nanti aku cerita dalam entri ini.

image

Lenovo A880 ini aku beli dari laman web Lelong.my pada harga RM469 tidak termasuk kos penghantaran dan juga caj 3% (aku rasa ini caj Netpay yang digunakan penjual). Ketika entri ini aku tulis bila tengok semula harga jualan dah turun kepada RM465 dengan penghantaran percuma. Geram juga aku..hehe.

Penghantaran diterima dengan selamat melalui pembelian di laman web Lelong.my, oleh itu jangan risau kalau nak membeli di situ apa yang penting tengok lencana penjual tersebut adakah dia dilabelkan “Lelong Buyer Protection Program” maka kita selaku pembeli dijamin keselamatan pembeliannya.

image

Ciri-ciri yang dimiliki oleh Lenovo A880 ini adalah seperti berikut (rujukan GSM Arena)

GENERAL 2G Network GSM 850 / 900 / 1800 / 1900 – SIM 1 & SIM 2
3G Network HSDPA 2100
SIM Dual SIM (Dual stand-by)
Announced 2014, January
Status Available. Released 2014, January
BODY Dimensions 164 x 85.4 x 9.3 mm (6.46 x 3.36 x 0.37 in)
Weight 196 g (6.91 oz)
DISPLAY Type IPS LCD capacitive touchscreen, 16M colors
Size 540 x 960 pixels, 6.0 inches (~184 ppi pixel density)
Multitouch Yes, up to 5 fingers
SOUND Alert types Vibration; MP3, WAV ringtones
Loudspeaker Yes
3.5mm jack Yes
MEMORY Card slot microSD, up to 64 GB
Internal 8 GB, 1 GB RAM
DATA GPRS Yes
EDGE Yes
Speed HSDPA, HSUPA
WLAN Wi-Fi 802.11 b/g/n, Wi-Fi hotspot
Bluetooth Yes, v4.0 with A2DP
USB Yes, microUSB v2.0
CAMERA Primary 5 MP, 2592 ? 1944 pixels, autofocus, LED flash
Features Geo-tagging
Video Yes
Secondary Yes, VGA
FEATURES OS Android OS, v4.2.2 (Jelly Bean)
Chipset Mediatek MT6582M
CPU Quad-core 1.3 GHz Cortex-A7
GPU Mali-400
Sensors Accelerometer, proximity
Messaging SMS(threaded view), MMS, Email, Push Mail, IM, RSS
Browser HTML
Radio FM radio
GPS Yes, with A-GPS support
Java Yes, via Java MIDP emulator
Colors Black, White
– SNS integration
– MP4/H.264/H.263 player
– MP3/WAV/eAAC+ player
– Organizer
– Image/video editor
– Document viewer
– Google Search, Maps, Gmail,
YouTube, Calendar, Google Talk
– Voice memo/dial
– Predictive text input
BATTERY Li-Ion 2500 mAh battery
Stand-by
Talk time
MISC SAR EU 0.31 W/kg (head)

Material kemasan yang digunakan pada bahagian belakang telefon ini ternyata sangat menarik, ianya seperti permukaan yang disaluti getah dan terasa kesat. Keselesaan ketika dalam genggaman juga baik dan kerisauan untuk terlepas pegang akibat licin macam hampir tidak perlu difikirkan lagi.

image

Kelebihan 2 simkad ini menjadi tarikan utama aku selain daripada harganya. Kamera walaupun 5mp sahaja tapi aku tidak perlu risau sebab kamera Mega 6.3 dah cukup cantik bagi aku. Simkad yang aku gunakan untuk talian utama adalah Hotlink (ya prepaid sebab aku tak bersedia lagi nak pakai postpaid) dan talian kedua khas untuk penggunaan data aku masukkan simkad Celcom 1Malaysia. Slot simkad kedua boleh digunakan talian biasa juga tidak semestinya jenis simkad data.

Setakat beberapa hari penggunaan telefon ini aku berpuashati dengan tahap prestasinya, kira oklah sesuai harga dengan kualitinya. Berbalik kepada persoalan di atas kenapa beli jenis 6 inci juga ialah biar puashati saiz skrin yang besar sesuai dengan jari aku yang besar untuk menaip. Selain dari itu ciri-ciri 2 simkad sangat penting sebab selain untuk simkad utama aku juga hendak memastikan simkad Celcom 1Malaysia itu tidak tamat tempoh begitu sahaja. Kelebihan simkad celcom itulah yang menjadikan aku perlu pastikan tempoh hayatnya sentiasa ada, kalau dah mati nanti nak dapat balik memang usah mimpilah.

Telefon Lenovo A880 itu aku aktifkan segala akaun media sosial berkaitan EjamOthman manakala Samsung Galaxy Mega 6.3 aku aktifkan segala yang berkaitan dengan HEYdotMY. Pengkhususan perlu ada supaya mudah untuk menguruskannya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

40 Responses

  1. Anarm says:

    Ada mamat cina yang jual phone Lenovo kat The Mines Serdang bagitau aku, simkad data masukkan sim tu kat slot 1.. simkad untuk call, sms, dan lain2 tu letak kat slot 2.. kalau sim data letak kat slot 2 line untuk internet tak berapa kuat..

    aku pun tak sure.. aku follow je apa yg dia bagitau..

    macam best pulak A880 ni.. nanti review camera n gambar dia plak ek..

  2. nad says:

    knp hp kwn sy lenovo A880 ad kuar tulisan cina bile nk contact atau mcg..mst appear dkt nombor contact..blh tlong jelaskn tak??

    • Ejam Othman says:

      saya pun mula-mula pelik lagi hairan tapi bila disiasat pada bahagian setting memang tiada apa boleh dibuat, kiranya terima sajalah tulisan cina yang keluar tu sebab hp lenovo pun buatan China.

  3. AINI says:

    Lar yeke…tulisan cina tu x leh adjust,,empp… tapi nape hantae msg kat org tu..org tu x bleh replay kat flder yang sama..mesti nk masuk yg baru…

    • ieja says:

      salam..sy nk tnya masalah sy sama mcm aini..kenapa yea..ada cara x nk buat mcm mana..pening dah cari dekat setting tpi x blh jgk.

  4. Nadia Elena says:

    Murahhhh… Ok nak beli kejap lagi.. Hoho~!!!

  5. jaja says:

    Sy pakai lenovo a850..mula beli bln 1/14 smpai skng ok..asben sy pakai lenovo yg kecik tu..a369..ada gak tulisan cina tu..sy kuar kn memory kad n sim kad..pas tu format blik..alhamdulillah.ok smpai skng..mmg puas ati la..yer lahh..nk beli iphone x mmpu..hihihi…

  6. ayu says:

    kenapa tak boleh install ape2 dari playstore. dia loading sampai 2 hari tak install2 pun. pening dah

  7. Diana says:

    Saya nk Tanya…sy baru je beli hp Lenovo A880…nape xleh nak send gmbar Bluetooth eh..mcm mane nak buat.tqvm

  8. slm,dekat ipmart boleh percaya x

  9. syazniey says:

    assalamualaikum..sya nk tnya ok x pkai lenovo??? kwn2 ckap ok…dan ada yg kta x ok??? konfius la…

    • ejam says:

      Alhamdulillah setakat saya pakai A880 ni semuanya ok lagi.
      Untuk kategori pengenalan series A dah cukup bagus bagi saya sebab ini hp kedua.
      Lagipun anak buat tgk Ultraman kat Youtube jer…hehe

      • Azren Ahmad says:

        As Salam Bro…Saya nk tanya ckit mengenai video call pada lenovo A889. Bro tahu tak mcm na utk gunakannya.

  10. nur says:

    Bang cam ne nk wat 3g call dr lenovo a880 ni..abg blh tolong tunjukkan tk..saya dh puas cr tp tk jumpe nk wat 3g….

  11. Zara Hani says:

    Camera die OK x?

  12. zuhaini says:

    Assalamualaikum..sy nk tnye mcmmn nk setting nada widget agar x sama ngan nada sms…bl sy download LINE sepatotnye kuar nada LINE tp kuar nada sms..please..

  13. akma says:

    GPS dia ok tak?

  14. kakgojes says:

    serba sedikit memberi info..tq…

  15. Cherry says:

    Bro, sy gune phone ni same.tp xreti la setting bile nak buat call tapi kluar (low radiation) then ade bahasa cina translate name org dr contact.. *mmg die kluar time nk bt call sahaja. Tp klau bole nk tau la..bole ke tak eh nak remove bahase cina ni??

  16. lee says:

    GPS? Hampeh… Sbb pakai megatek

  17. shima says:

    lenovo 850 dengan 880 mana better…tolong jap…

  18. umi nadjwa says:

    ada kamera dpn x

  19. Eimah says:

    Slm..Nk tnya mcmana nk hilangkan secure connection pd fon ni?
    Tq

  20. Berapa satu talefon lenovo

  21. Soon Teck says:

    Telefon lenovo sanggat canggih

  22. Soon Teck says:

    Telefon lenovo sanggat canggih

  23. siti aisyah says:

    ada telefon lenovo paling murah x

  24. joe says:

    Salam….hai boh..nak tya sikit..kenapa ye telefon lenovo saya jadi on data sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.