Sengaja Mencederakan Diri.

image

Kerusi di ruang tamu harus dikepung bahagian kaki kerusi tersebut disebabkan risau Aqil terhantuk. Kita ni punyalah risau sedangkan dia dengan tanpa rasa bersalahnya tetap bermain-main di situ. Apa yang ditutup dia buka dan selak sedaya upaya.

image

Baik bantal mahupun tilam dia kita gunakan untuk halang mesti dia pergi dan cuba untuk tarik. Sebelum tarik tonyoh muka dulu pada halangan.

image

Tonyoh muka tarik halangan, berulangkali sampai kelihatan target yang dicari. Bila dah terselak halangan masa untuk mencederakan diri pula. Sengaja dia hantukkan kepada lepas tu meraung macam sakit sangat. Apa punya pesen ler Aqil ni suka main di kawasan yang ditegah dan berbahaya bagi baby.

Rasanya abang Haq dia tak macam ini dulu. Kalaupun suka explore keadaan sekeliling janganlah sampai membahayakan diri wahai anak-anakku.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. Anarm says:

    Uihh.. Bahaya tuu.. Kena jaga btol2..

  2. nadia johari says:

    alahai comeynyerr..budak-budak biasahalh..kat situ kita larang kat situ dia nak p.hehe

  3. profhariz says:

    Bro kena senantiasa awasi ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *