Soalan Temuduga Pembantu Makmal Gred C17.

chemistry-lab-equipment-bottles

Ada keyword “soalan temuduga pembantu makmal gred c17” masuk ke blog ini. Nasib baik Google pergi ke blog seorang Pembantu Makmal Sekolah ini. Untuk membantu pencari kata kunci itu bersedia menghadapi temuduga ingin aku kongsikan beberapa soalan yang ditanya oleh Wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (SPP), Wakil Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pahang, dan juga Wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Ketiga-tiga wakil tersebut akan bertanya soalan secara bergilir-gilir. Calon yang ditemuduga pula dipanggil 5 orang masuk serentak duduk sebaris mengadap panel. Agak cuak juga waktu tu tapi kena pandai cover supaya dapat jawab soalan dengan lancar. Soalan terbahagi kepada 3 bahagian dengan setiap panel mengemukakan soalan mengikut bidang kuasa masing-masing, 5 calon mesti menjawab soalan tersebut.

Aku sebenarnya ingat-ingat lupa susunan soalannya tapi aku cuba tulis apa yang masih teringat lagi. Perkenalkan diri serta latar belakang terlebih dahulu itu wajib. Kalau ada diploma ataupun ijazah untuk temuduga kelayakan SPM ini sila senyap dan simpan buat tidak tahu sahaja. Ada masanya nanti anda boleh “bocorkan” kelayakan sebenar anda, tunggu sahaja surat panggilan lapor diri.

1. Wakil BTP berkenaan Taman Sains di Sekolah, apakah kegunaannya kepada sesi pembelajaran pelajar sekolah?

2.Wakil SPP pula berkenaan apakah alat radas yang ada di dalam makmal, sila beri nama dan fungsi kegunaannya.

3. Wakil SPA pula mengajukan soalan isu semasa, apakah isu semasa yang memberi kesan kepada anda ketika ini?

Mereka juga ada bertanyakan kenapa perlu memilih anda sebagai penjawat awam? Sila yakinkan kepada mereka sebaik mungkin jangan pula POYO sangat sebab mereka tahu dan boleh nilai logik personaliti anda.

“Soalan Piramid Makanan juga ada ditanya, sebutkan susunan dan terangkan”

Pastikan juga anda benar-benar minat SAINS ketika di sekolah dulu, ada seorang calon yang sama kumpulan dengan aku dulu dari awal masuk bilik temuduga dah menunjukkan “memang tak dapat ler dek woi“. Duduk menyandar dan tidak tegak pula tu siap melorot macam orang tiada tulang belakang. Bila ditanya pasal berkaitan sains tak tahu jawab dan dengan poyonya menjawab balik “saya tak minat sains waktu belajar dulu“, serius aku rasa waktu tu “apa kejadahnya kau datang ni“.

Selamat menjawab soalan penemuduga, jangan panik sangat relaks saja sebab mereka tak makan orang pun. Salinan sijil dan dokumen penting jangan lupa bawa.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

7 Responses

  1. Bahrain says:

    Dulu masa sekolah menengah suka masuk makmal sebab boleh bereksperimen semua. hahha

  2. Hairul Azni says:

    Tips yang bagus ni..harap dapat jadi panduan berguna untuk mereka yang bakal terlibat dengan temuduga pembantu makmal..

    • Ejam Othman says:

      begitulah hendaknya, harap2 yang mencari dapat menjawab temuduga dengan baik, dapat atau tidak itu ikut rezeki masing2 yang penting tunjukkan usaha dalam menjawab soalan penemuduga.

  3. Tips dah bagi. Tinggal nak download dan jawab je.

  4. profhariz says:

    Selamat maju jaya untuk mereka yang ambil temuduga ni.

  5. dila says:

    thanks 4 the tips, agak membantu jgk ni .. act, 27hb ni ade interview pembantu makmal c17 ni .. rase takut jugak ade sbb xpnh pulak ramai2 masuk dlm bilik interview .. takut nanti bila kita da ready bila ditanya terus gugup then trus ilang pe yg kita da study .. adoi .. huhu.. kalo isu semasa tu mmg kita akan keluarkan 1 topik ke atau dia yang akan bg 1 topik then kita huraikan? ade x dia tanya nama2 menteri ke ? hehehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *