Tengok Meter Kereta Tengok Nombor Cantik.

Banyaknya nombor 7.

Banyaknya nombor 7.

Bila memandu antara perkara yang aku suka perhatikan selain daripada beri perhatian pada pemanduan ialah panel meter kereta. Panel meter pun boleh jadi seronok nak tengok ya Ejam, apa punya perangailah kau ni. Jarak perjalanan kereta adalah suatu angka yang tidak ada pengulangan, melainkan beli kereta baru…hehe.

Selain daripada jarak perjalanan kereta, jumlah terkumpul itu menunjukkan bahawa kenderaan kita perlu diservis bila tiba masanya. Tidak kira kereta lama atau baru jadual servis memang kena jaga agar masalah tidak datang yang boleh menipiskan poket dan dompet anda.

Nombor cantik pada bacaan meter itulah aku suka perhatikan, cuba tengok gambar di atas aku ambil selepas berhentikan kereta di tepi jalan semata-mata turutan nombor 7 itu…hehe.

Perangai sebegini ramai “penghidapnya” di dunia ini, baik anda anda anda mengaku cepat.

Nombor ni pun cantik juga.

Nombor ni pun cantik juga.

Selain daripada nombor cantik dan jadual servis kenderaan jangan lupa pula setiap tahun sampai masanya cukai jalan wajib diperbaharui. Pening kepala juga sebenarnya bila fikir waktu itu tiba tapi dengan cara tabungan bijak setiap bulan pasti dapat mengurangkan kadar migrain tersebut. Selain daripada itu ada tawaran menarik yang aku nak kongsikan di sini iaitu tawaran daripada RichPlan4U.com yang pasti membuatkan anda tersenyum panjang. Mana tidaknya potongan sehingga 15% untuk insuran dan cukai jalan tapi pastikan anda sahut tawaran ini sebelum 31 Mac 2014.

Pihak Rich Plan Management and Consultancy adalah sebuah syarikat yang menyediakan khidmat insuran daripada penyedia insuran terkemuka di Malaysia. Selain daripada itu mereka juga ada menyediakan perkhidmatan lain seperti Pengurusan Risiko, Khidmat Nasihat Kewangan Peribadi, Penulisan Wasiat dan pelbagai lagi. Rujuk laman web mereka untuk lebih maklumat.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *