Tidak Cukup Sebotol.

image

Sejak semalam lagi aku menjadi Mr. Mama yang wajib tiada pilihan ataupun opsyen dari mana-mana pihak. Mamanya ada urusan kerja yang penting untuk kerjayanya dan demi masa depan yang Cemerlang dan Terbilang. Menjaga 2 orang anak tidaklah susah cuma payah dalam beberapa situasi sahaja. Waktu inilah baru aku tahu bagaimana arwah mak aku dulu dapat darah tinggi dengan 7 orang anaknya punya perangai. Baru kau tahu Ejam bukan senang nak besarkan anak.

image

2 hari tempoh penjagaan ini aku perasan sesuatu pada Aqil iaitu kadar keperluan susunya pada sesi tengah hari akan jadi double. Mula-mulanya semalam pelik juga sebab tak tahu keperluan berganda ini. Selepas sesi pecah kepala dengan isteri fikir kemungkinan yang ada barulah kami perasan satu hubungkait ini.

Hubungkaitnya adalah pada hari Isnin sampai Jumaat Aqil akan berak dengan bau serta tekstur yang sangat berlainan jika dibandingkan dengan hari Sabtu dan Ahad. Kami mengesyaki nenek pengasuh dah bagi Aqil makanan solid. Tidak dapat dipastikan apakah makanan itu. Nampaknya kena tanya elok-elok dengan makcik tersebut akan hal ini adakah benar sangkaan kami.

Kalau benar dah tak boleh buat apa cuma boleh rasa kecewa sahaja. 

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

6 Responses

  1. profhariz says:

    Haishhh macam mana boleh jadi macam tu?

  2. aqil da brape bulan?

    -kbba pantai timur-

  3. Anuar says:

    Aqil minum susu ibu atau susu Lembu? Nampak bersemangat badan anak Bro…

  4. Hello, i think that i saw you visited myy site
    thus i came to “return tthe favor”.I am attempting to find things too enhance mmy web
    site!I sppose its ok to use a few of your ideas!!

    My webpage … luxury citizen watches commercials

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *