Abang dan Adik Spiderman Cuba Memecahkan Pintu.

image

Malam ini kedua-dua beradik ni aku sarungkan baju Spiderman pula. Kalau semalam hanya Haq sahaja berbaju Ironman. Tadi lepas Mamanya mandikan Aqil aku terus siapkan dia sementara Mamanya mandi. Abang Haq sebelum Maghrib lagi aku dah siap-siap mandikan sebelum dia lena lepas Azan.

image

image

Bila ada dua orang hero ni kalau nak bersolat memang harus bergilir-gilir. Ketika Mamanya solat boleh pula abang dan adik ni mengetuk pintu bilik. Bising jugalah rumah kecil kami ni.

image

Seluar Aqil tu agak panjang sedikit dan harus digulung sedikit. Saiz bajunya sedang elok jer. Tidak mengapa terbesar sedikit sebab baby cepat membesar.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. Anuar says:

    Anak bri Aqil tu dah pandai merangkak ke?

  2. shark says:

    hehehe..
    naseb baik 2 orang jer..
    kalau cukup 5 superhero dlm umah mmg susah nie.

  3. Jamian Sarif says:

    lepas ni boleh try pakaikan baju captain amerika pulak…haha….apapun look nice booth of them.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.