Abang Di Belakang Adik Di Depan.

image

Papa sayang hero berdua ni, Mamanya pun Papa sayang ekstra lagi. Bila menghabiskan hujung minggu depan tv dengan anak-anak memang seronok. Aqil dengan gayanya, Haq pula dengan ragamnya. Masing-masing bijak mengambil kesempatan waktu berehat bersama.

Sejak iPad dah pecah skrinnya Haq mulalah tak tahu nak buat apa. Memanjat belakang aku adalah kegemaran dia. Sedap juga sambil baring meniarap begitu ada orang pijak-pijak belakang badan, hilang rasa letih badan.

image

image

Aqil tak boleh tengok kalau abangnya berada dekat dengan salah seorang Papa ataupun Mamanya, dia mesti akan rasa tidak puashati. Apa yang akan dia buat ialah menyibuk sama bermanja. Alahai Aqil belum setahun lagi dah kuat cemburu, macam mana nak bagi adik perempuan ni nanti. Sanggup dia menempek di lengan aku tu janji dapat bermanja. Nak memanjat belum mahir penuh lagi, sikit hari lagi dia pula berada di belakang aku agaknya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. titan says:

    biasalahtu. nama pun budak lagi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *