Ajar Anak Minum Air Kosong.

image

Sebelum ini aku ada bercerita di blog ini tentang botol air yang berstraw ini. Tujuannya memudahkan kami untuk minum air kosong pada sukatan yang tetap setiap hari. Betullah apa yang orang kata iaitu apa ibu bapa lakukan ditiru oleh anak-anak. Kini Haq juga kerap minum air kosong dari botol yang sama.

image

Bila dahaga Haq akan cari botol biru itu dan buka penutupnya serta minum. Lokasi botol ini memang mudah diakses olehnya. Bila dah minum memang dia tak tutup rapat, tu aku tak pasti samaada tak tahu nak buat atau malas nak buat. Yeler Haq ni kuat berdrama juga orangnya..hehe.

Tidak mengapalah kalau tak rapat tutupnya asalkan dia suka dan kerap minum air kosong berbanding minum air manis atau berasa.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *