Baby Bullet Memudahkan Penyediaan Makanan Bayi.

image

Sejak beli Set Baby Bullet dari Butik Baby Ibu milik blogger Yanmie tempoh hari urusan penyediaan makanan untuk Aqil menjadi lebih mudah. Dah tak perlu nak pakai campur-campur dengan blender untuk kegunaan masakan.

Ketika usia Aqil masuk 6 bulan bermulalah saat baru untuk dia merasai makanan awal bayi. Dimulakan denga puri buah, puri lobak. Syukurlah Aqil seronok ketika sesi makan, pagi dan tengah hari disuap oleh nenek pengasuh manakala untuk malam kami akan suap.

image

Nampak macam agak drastik keperluan makanan Aqil tapi cuba bayangkan sebaik sampai rumah waktu petang dia punya tanda lapar tu boleh panik mamanya beberapa saat. Bagi susu badan tak cukup untuk menenangkan dia maka sediakan jugalah makan malam untuk dia.

image

Bekas simpanan yang datang bersekali dengan Baby Bullet tersebut iaitu 6 biji hanya boleh bekalkan untuk simpanan 2 hari punya makanan. Lepas tu kena buat yang barulah.

Aqil membesar dengan sihat dan semakin menggebu. Kalau dukung sekejap jer dah boleh sakit pinggang dibuatnya. Janji Aqil sihat papa mama dan abang Haq happy.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. Anuar says:

    Baby Aqil dah mula makan dah… Cantik set Baby Bullet yang bro beli…

  2. Wow sekarangnya semua mudah kan 🙂

  3. mohd yazed says:

    bagus betul alat nie..memang sesuai dengan sukatan makanan bayi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *