Baju Dan Seluar Corak Tentera Trend Terkini.

image

Banyak dah tengok orang muda pakai pakaian corak ala-ala tentera sekarang ni, terasa nak juga sehelai dua. Maklumlah masih dalam kategori muda belia lagikan. Kebetulan hantu Zalora Malaysia serang segala iklan yang aku nampak di blog mahupun laman web dengan mempromosikan corak tersebut maka aku tergoda.

Bila selak-selak laman web Zalora jumpa juga koleksi “army” yang mereka ada. Ada yang mahal ada yang murah, aku filter yang murah sahaja siap-siap sebab itu jer termampu untuk bajet yang ada.

image

Sehelai Tshirt dengan hoodie dan seluar pendek sudah melayakkan untuk dapat penghantaran percuma (mesti lebih RM75.00). Buruk perangaikan nak juga penghantaran percuma walhal boleh jer beli sehelai. Alasan kena cantik untuk memastikan impian tercapai.

Setakat ini gambar dalam bungkusan sahaja dipaparkan, nanti bila dah pakai aku akan selfie dan entrikan. Nak tengok juga kualiti kainnya adakah luntur teruk atau tidak. Sebelum ini pernah beli beberapa helai tshirt dari Zalora, lepas basuh habis semuanya rosak sebab luntur warna sangat teruk dan tak boleh pakai dah. Sejak itu aku serik nak beli tshirt di Zalora, pembelian kali ini hanya mencuba nasib sama ada dapat yang elok atau tidak. Jika sama juga maka ini adalah terakhir kali shopping di Zalora Malaysia.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

3 Responses

  1. Anarm says:

    Aku dah tak shopping kat Zalora sebab banyak baju seluar kat situ takde yg saiz aku.. Kecewa..

    • Ejam Othman says:

      sama ler kita, ini beli kira nasib jer boleh pakai atau tidak.
      lepas cub try test baju tu semalam nampaknya aku kena kuruskan badan jugalah baru muat nak pakai…hehe.

      nampaknya zalora “memaksa” kita menguruskan badan baru boleh muat pakai… 🙂

  2. KiD says:

    aku tak beli lagi dari zalora ni… orang rumah aku ada lah.. hehehee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *