Air Bertakung Di Surau KLIA2.

image

Sabtu lepas ketika menyertai acara Ephyra Treasurehunt ada beberapa tugasan perlu dilaksanakan di sekitar klia2. Cerita lanjut tentang acara super seronok itu akan aku ceritakan nanti secara berperingkat. Berbalik pada topik ini aku nak maklumkan akan masalah pada surau klia2 yang aku nampak.

Air bertakung di kawasan tempat ambil wudhu yang boleh membawa bencana kepada pengguna surau tersebut. Masalah ini aku tengok berpunca dari tiadanya saluran air keluar di kawasan tersebut untuk mengalirkan air percikan yang bertakung. Perkara ini perlukan tindakan segera pihak Malaysia Airports Berhad.

Update: Lepas entri ini keluar rakan blogger MrKay telah tweet pihak MAB (@MY_Airports) dan mereka akan ambil tindakan sewajarnya.

image

Aku ingin mengemukakan cadangan untuk surau klia2, antaranya ialah:
sediakan barisan para pada atas bahagian paip ambil wudhu untuk tujuan pelanggan meletakkan jam atau kaca mata waktu berwudhu.
– ruangan solat pasangkan karpet mengikut arah kiblat kerana sejadah yang disediakan tak mampu menampung jumlah pengguna dalam satu-satu masa.
tambah jumlah kerusi dan rak kasut di ruangan luar surau, kemudahan menunggu hendaklah lebih baik.

Semoga kemudahan sebuah lapangan terbang kos rendah terbesar ini sepadan dengan statusnya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. JMR says:

    eh baru lagi dah ada masalah ni..

  2. Bab keselesaan di surau ni penting sebenarnya tapi kebiasaannya terlepas pandang oleh pengurusan bangunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *