Beli Maggi Hot Cup Goreng Dari Groupon Malaysia.

image

Mula-mula nampak tawaran di laman web Groupon Malaysia tentang Maggi Hot Cup Goreng ini pada harga RM10.00 untuk 10 unit terkejut juga sebab murah yang mana 1 unit berharga RM1.00 sahaja. Penghantaran percuma pula tu. Entah berapa jer harganya kalau tolak kos penghantaran.

image

Hari Jumaat yang lepas iaitu semalam aku dah terima bungkusan ini. Dimuatkan dalam kotak Groupon Malaysia mulanya aku tidak sangka isinya ada Maggi Hot Cup tersebut kerana aku jangkakan penghantaran akan dibuat pada bulan Jun nanti seperti yang tertera pada maklumat tawaran produk mereka. Pihak GDex Mentakab telefon untuk serahkan bungkusan sebelum aku masuk kerja lepas solat Jumaat, aku minta mereka tinggalkan di pondok pengawal sekolah kerana pejabat masih tutup waktu tu.

image

Sebelum 2.45 petang aku dah sampai ke sekolah dan terus minta bungkusan tersebut dari pengawal. Bila buka cantik tersusun Hot Cup tersebut, nanti dah rasa akan aku karangkan entri di blog ini. Harap-harap sedaplah rasanya.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. Mus says:

    berbaloi-baloi tu bro..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *