Bila Baby Tidak Suka Pakai Topi Dipaksa Pakai.

image

Aqil baby Papa yang bakal masuk usia 8 bulan memang jenis tidak suka ada benda tutup kepalanya, sama macam alongnya Haq. Topi yang digayakan Aqil secara paksa ini adalah milik abangnya. Kebetulan malam tadi Mamanya kemas baju mereka nak asingkan mana yang tidak boleh dipakai lagi terjumpalah topi ini.

image

Comel anak Papa ni pakai topi sama macam Papa juga…hehe tapi kalau dia dah tak suka baru pakaikan kejap dah ditariknya dari kepala.

image

image

Penting juga sebenarnya untuk biasakan baby pakai penutup kepala tidak kiralah topi ataupun macam snowcap tu sebab jika cuaca panas ataupun sejuk bahagian kepala kena dilindungi lebih sedikit lagipun ubun-ubun mereka lembut lagi.

Kalau tutup sekejap kepala Aqil dengan kain lampin pun dia dah rimas walhal dalam keadaan tertentu misalnya hujan renyai atau panas kenalah tutup sekejap. Bila tengok anak orang lain pakai topi nampak comel jer. Tidak mengapalah anak sendiri tidak suka bertopi asalkan mereka tetap comel macam Papanya 🙂

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. akubiomed says:

    Tak boleh hendak dipaksa. Dipakai akan dibuang balik. Redha sahajalah. 🙂

  2. titan says:

    suka plak dia yek pakai topi. hoho..

    gua memang tak suka pakai topi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *