Boleh Menang RM3000 Setiap Hari dari Yeos.

banner-yeos-contest

Bayangkan boleh dapat RM3000.00 setiap hari hanya dengan minum minuman Yeos terpilih dan hantar penyertaan melalui Wechat rasmi mereka. Oh tidak ini benar-benar menguji kesabaran aku, bukan sikit duit hadiah yang diberikan silap hari bulan boleh dapat hadiah utama RM100,000.00 tau.

Jangan tak tau yer semua contest ini masih lagi berjalan dengan meriahnya, kalau rasa nak faham lebih lanjut sila tengok video Youtube ini bagaimana untuk hantar penyertaan dan menang.

Maklumat lanjut juga boleh diperolehi dari laman web rasmi Yeos http://www.yeos.com.my/contest/index.php 

Masih ada masa lagi untuk anda semua bertindak sekarang, tempoh peraduan ini adalah dari 13 Mac 2014 hingga 31 Mei 2014. Gunakan masa yang berbaki ini sebaik mungkin untuk memastikan peluang menang lebih cerah.

yeos-hadiah

Minuman Yeos yang layak untuk turut serta dalam peraduan ini adalah seperti berikut, sila pastikan penyertaan anda mengikut syarat yang ditetapkan. Rugi kalau tersalah hantar penyertaan.

yeos-packaging

Bila sudah betul minuman Yeos yang dibeli sila pastikan cara mengambil gambar penyertaan juga mengikut kaedah yang dicadangkan supaya kod dan bukti paket minuman terbuka diberikan dengan sejelas mungkin untuk penilaian pihak pengurusan peraduan ini.

yeos-Contest-Proof-of-Purchase

Selepas penyertaan anda diterima pihak Yeos akan menghantar soalan mudah untuk dijawab. Selesai tugasan yang diberikan maka berdoalah agar punya rezeki untuk menang RM3000.00 sehari seperti yang ditawarkan.

Oh ya jangan lupa simpan bukti gambar yang digunakan untuk penyertaan ini sebaik mungkin untuk tujuan pengesahan sekiranya anda dipilih sebagai pemenangnya.

08 CNY Poster 2

Peserta digalakkan untuk turut sama mengikuti perkembangan pihak Yeos melalui Facebook mereka https://www.facebook.com/YeosMalaysia mana tahu nama anda diumumkan sebagai pemenangnya nanti. 🙂

Selamat menyertai peraduan yang meriah ini, ingat “beli minuman Yeos dan menang hadiah”.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. Anuar says:

    Hadiah yang menarik… Joinlah Bro.. Nanti kalau menang boleh belanja saya… hehehe 😉

  2. Hairul Azni says:

    Untung kalau join ni..sambil minum, ada peluang menang wang tunai..

  3. Abdur says:

    Saya belum boleh joint lagi,tak ada wechat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.