Burgerbyte Melaka.

gigitan-burgerbyte

Alhamdulillah, merasa juga nak makan Burgerbyte yang semakin popular sekarang ni. Ini gara-gara terbaca di blog Food Blogger Melayu Hazman Fadzil hari tuler. Lokasi dituju ialah Burgerbyte Melaka yang berhadapan dengan Mydin Mall Ayer Keroh Melaka. Hajat tercapai nak sokong produk anak tempatan, siapa pemilik jenama ni? Zizan Razak Rajalawak tu ya? Oh ya dia pun popular dengan iklan KitKat Chunky.

Sampai ke lokasi sekitar jam 10 malam, waktu tu nasib baik pelanggan tidak ramai maka kami pilih makan di dalam sebab nak dapatkan sejuk kipas paling tidak pun sebab ada anak kecil.

interior-burgerbyte-melaka

burgerbyte-melaka

Ada sedikit cadangan bagi ruangan makan di dalam kedai, sila tambahbaik sistem pengudaraan kerana asap dari dapur masuk ke ruangan hadapan dan jadi kurang selesa kalau pelanggan ada anak kecil macam kami. Semoga cadangan ini diambil serius kerana bukan semua orang suka makan diluar siar kaki.

Ok berbalik kepada makanan yang kami pilih malam itu, 3 hidangan untuk dewasa dan 1 hidangan untuk kanak-kanak serta tambah 1 set jejari kentang goreng. Bayaran yang dikenakan ialah RM74.40.

harga-burgerbyte-melaka

Ini adalah menu yang aku pilih iaitu signature mereka, aku pilih daging sebagai isi burger tersebut beserta air jus oren.

Rasa: ok ler cuma rotinya biasa tiada yang istimewa, dagingnya sedap, sosnya kena rasa. Nampak macam kecil tapi ketebalan daging tu mengenyangkan juga. 

beef-club-burgerbyte

Naked beef ini adik aku pilih beserta air epal hijau.

Rasa: 2 keping daging diberikan, kenyang dan amat mengenyangkan. Kalau perut lapar memang dijamin boleh habis, kalau masih kenyang datang Burgerbyte sila order 1 hidangan ini sahaja dan kongsi 2 orang jimat belanja.

naked-beef-burgerbyte

Isteriku pula pilih Naked combo ini, ada kepingan daging dan ayam dalam satu hidangan. Sos lada hitam yang digunakan sedang elok rasanya tidak berlebih pedasnya.

Rasa: Sama macam Naked Beef yang 2 keping di atas tapi ini sekeping ayam sekeping daging. Kategori kenyangnya sama, sila fikir 2 kali kalau nak order menu ini rugi kalau tak habis makan.

naked-combo-burgerbyte

Along Haq kami pilih set Nugget Ayam dan French Fries, dia tak makan mana pun yang mana sudahnya kami juga tolong habiskan. French fries yang tidak habis kami tapau bawa balik, nasib baik mereka sediakan beg kertas untuk bungkus dan tidak banyak soal bila diminta bungkuskan. Aku suka pada peniaga yang tidak berkira seperti ini, bukan semua hidangan tu pelanggan boleh habiskan pada waktu itu apa salahnya kalau nak bungkus bawa balik pun.

chicken-nugget-and-fries

aqil-di-burgerbyte-melaka

Aqil juga yang kesian tak boleh nak merasa walau secubit pun sebab belum masanya lagi ya untuk diberi perisa dan perasa dalam makanan. Lagipun Aqil dah makan siap-siap sebelum keluar malam.

Waktu isteriku minta staf kaunter bungkuskan french fries tersebut ada diajukan soalan bagaimana rasa menu hidangan mereka, dia kata sedap dan ya memang hidangan Burgerbyte boleh makan dan kenyang juga. Soal harga jangan cerita sebab memang begitulah rate harga jenis makanan begini nak pula melibatkan sistem francais.

Isteriku ada juga ditanya dari mana, oh ya kami pelancong tempatan dari Temerloh ya. Kata mereka Burgerbyte bakal dibuka juga nanti di Temerloh, bila tu tidak diketahui lagi.

P/S: Bilalah pihak Burgerbyte nak kemaskini website utama, aku nak rujuk nama sebenar menu pun tak boleh sebab tidak lengkap.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

11 Responses

  1. Wak Jay says:

    boleh tahan gak ni burgerbyte….nampak mengiurkan tekak.

  2. yeayy….. dapat jugak merasa yea…tapi menu naked burger tak cuba lagi….cuma siapa yang 1st nak makan kena tahu semua menu kena order kat kaunter….. so takde waiter nak datang ambil pesanan kan….

    • Ejam Othman says:

      betul tu hazman, nasib baik pekerja mereka hantar lembaran menu dan maklumkan nanti order di kaunter dan sebut no meja sahaja…kalau tidak malu dibuatnya sebab panggil pelayan…hehe

  3. akubiomed says:

    Kalau ke Melaka boleh cari BurgerByte ini.

  4. Abdur says:

    Senangnya duduk kat sana ada pelbagai jenis burger,kat sini hanya kedai burger yang macam dibawa motor.

  5. topo says:

    sejak bila ada burgerbyte dekat melaka ni?

  6. Gantengers says:

    i love burger 😀

  7. Gantengers says:

    apakah burger ini hanya berdomisili di malaka?

  8. Bro Sehat says:

    wah pengen kesana tapi jauh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *