Ephyra Treasurehunt 2014 Kenangan Terindah.

1-sarapan-pagi

Kembali bercerita mengenai Ephyra Treasurehunt 2014 walaupun semalam dah keluar cerita sama, gambar banyak dalam koleksi maka rugilah kalau tak digunakan sebaik mungkin. Entri ini aku ceritakan lebih panjang lebar perjalanan aktiviti tersebut sehinggalah kepada penyudahnya iaitu kami menang tempat ke-3 secara keseluruhan. Permulaan acara adalah makan sarapan beramai-ramai dalam kumpulan kerana adanya tugasan awal yang harus dilakukan ketika itu.

2-sedia-untuk-sarapan

Masing-masing telah dapat bungkusan sarapan tapi tidak boleh makan terlebih dahulu sebelum selesaikan tugasan pertama iaitu minum Ephyra sambil menyiapkan Instavideo tentang pengambilan Ephyra. Bayangkan tugasan pertama ini sahaja telah makan masa yang panjang sebab semuanya ingin berikan yang terbaik. Boleh saksikan Instavideo aku di Instagram @EjamOthman untuk tugasan pertama.

3-shakiddo-berikan-kumpulan

Inilah Shakiddo selaku salah seorang dari barisan urusetia yang menjayakan aktiviti treasurehunt tersebut. Beliau sedang membacakan nama setiap ahli kumpulan dengan jumlah keseluruhan adalah 7 kumpulan bersamaan juga 7 kenderaan terlibat.

4-ahli-kumpulan-5

Perkenalkan inilah 2 orang dari 4 orang ahli kumpulan 5, Cik Lily Putih dan Nani yang memeriahkan suasana dan mereka banyak membantu kumpulan dalam memastikan setiap tugasan berjaya dilaksanakan. Idea menari dengan buah Tomato adalah kerja Nani untuk tugasan bersorak semangat di hadapan pelancong luar, malu juga dibuatnya tapi tebalkan muka jer…hehe.

5-taklimat-ringkas-kak-amiza

Kata-kata aluan dan ucapan selamat bersulam semangat buat peserta disampaikan oleh Pengasas Ephyra iaitu Puan Amiza. Pada waktu ini beliau juga memberikan nama kumpulan khas kepada setiap kumpulan, nama yang digunakan ialah bahan-bahan yang terdapat dalam ramuan Ephyra. Kumpulan 5 iaitu kumpulan kami dikenali juga dengan Kumpulan Tomato.

6-kerja-gila-selfie-tepi-highway

Pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan iaitu selfie di tepi lebuhraya PLUS untuk merakamkan aksi bersama billboard iklan Ephyra. Pelbagai aksi yang boleh dilihat, dengar cerita ada kumpulan pesaing tu siap melompat beramai-ramai dan dihon oleh pengguna lebuhraya yang nampak…hehe comelkan mereka.

7-jumpa-urusetia-di-starbuck-klia2

Lepas ber-selfie di tepi lebuhraya kami harus menuju ke klia2 untuk berjumpa dengan urus setia bagi mendapatkan tugasan selanjutnya. Mereka memilih Starbucks klia2 sebagai meja operasinya, oh ya ada 2 restoran kopi tersebut dan ini di bahagian lebih dalam berhampiran kaunter tiket penerbangan.

8-bergambar-di-klia2

Oh ya disebabkan peluang sertai Ephyra Treasurehunt inilah aku dan kawan-kawan blogger lain merasa menjejakkan kaki ke klia2, kalau tiada sebab memang agak mustahil untuk pergi lagipun bukannya ada kepentingan untuk naik kapal terbang atau sebagainya. Mungkin akan cari masa lain untuk sekali lagi menerokai klia2 bersama keluarga pula, tengok-tengok kedai yang menarik dan lepak makan-makan mungkin.

9-bergambar-dengan-pelancong-di-klia2

Bergambar dengan pelancong juga tugasan yang diberikan, nasib baik Nani dan Cik Lily Putih berjaya pujuk “Mr.James” ini untuk bergambar bersama kami walaupun dia sendiri dalam keadaan tergesa-gesa, terima kasih banyak-banyak kerana sporting. Betulkah namanya James? Tidak benar, kami rembat jer nama omputeh yang terlintas di kepala..hehe

10-booth-ephyra-di-jom-heboh-putrajaya

Selepas siapkan tugasan di klia2 dan rehat makan tengah hari kami semua diarahkan menuju ke Putrajaya tapak Jom Heboh untuk melaksanakan tugasan terakhir sebelum acara treasurehunt ini ditamatkan secara rasminya. Penat sangat nak mencari parking kereta di sana, akhirnya kami nekad parking kereta jauh dari kawasan tumpuan dan berjalan kaki, ambil masa 30 minit untuk ke tapak booth Ephyra.

Tidak boleh buat apa sebab pada hari kejadian terdapat pelbagai aktiviti besar dijalankan serentak dan limpahan trafik juga luar jangkaan.

11-pemenang-tempat-ke-3

Dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-3 adalah suatu kesyukuran buat kami kumpulan Tomato atas usaha keras yang telah kami berikan bagi menjayakan tugasan dan cabaran yang ada. Alhamdulillah.

14-pemenang-tempat-pertama

 Pemenang tempat Pertama dengan wang tunai RM2000.00

15-pemenang-tempat-kedua

 Pemenang tempat kedua dengan wang tunai RM1200.00

16-bergambar-dengan-izzue-islam

Acara Ephyra Treasurehunt 2014 ditamatkan secara rasminya selepas pemenang diumumkan. Ucapan terima kasih daripada Pengasas dan juga Duta Produk membuatkan kami balik dengan hati yang gembira walaupun keletihan tidak terhingga.

Aku pula memandu pulang ke Mentakab dalam keadaan kaki krem beberapa kali, gagahkan juga sebab anak-anak dah tunggu di rumah. Sampai jam 11 malam dan Haq masih berjaga lagi menunggu Papanya, kesian dia kena tinggal seharian. Papa ada work ler Haq, semoga dia faham.

Sesiapa berminat ingin mencuba Ephyra bolehlah hubungi aku untuk pembelian, jangan lupa follow Ephyra di media sosial mereka:-

Official Website : www.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u

 Terima kasih penganjur, urus setia dan kawan-kawan blogger semua, kalian semua memang havoc.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

8 Responses

  1. Cayaaalahhhhhh.. hehehehe tahniah abg ejam dan ahli tomato yang lain..

    Tomat tomat toooo,
    wash2 tomato
    splash2 tomato
    cut2 tomato
    uuummmm delicious… hehehehehehe

  2. Tu dia jauh la korang menapak kan….team saya sanggup relaks je cari parking paling dekat….lambat sampai tapi tak berpeluh la…. hehehehhe

  3. Hairul Azni says:

    Daripada gambar nampak memang happening event ni..tahniah kepada yang menang..

  4. anuar says:

    Bestnya baca pengalaman bro dan team tomato menyertai Ephyra Treasure hunt 2014. .. kalau ada event macam ni lagi tahun depan, saya akan cuba join..

  5. Hafizul says:

    Wahhh meriah yer..sakan korang semua kan?hehe..terbaiklah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *