Majlis Aqiqah Afdal dan Majlis Kesyukuran Arif.

image

Alhamdulillah segala perancangan dan persediaan untuk Majlis Aqiqah Afdal dan Doa Kesyukuran Arif berjalan dengan lancar sekali walaupun ada beberapa kelewatan sedikit pada bahan mentah.

Majlis ini untuk anak-anak adik perempuan aku. Anak keduanya baru berusia 3 bulan yang itu dibuatkan juga cukur jambul untuknya.

image

Masakan beberapa lauk utama dilakukan oleh tukang masak terhebat iaitu Mak Mertua adik ketiga aku merangkap jiran abah aku juga. Kari kambing dan gulai nangka perut adalah masakan beliau. Sedap lauknya. Kari kambing daging segar elok dimasak tidak berbau pun.

image

Sambal belacan dengan hirisan mangga muda ini memang menambah selera makan walaupun pedas, ulam timun dan kacang botol sebagai pelengkap kepada rasa sedap dan pedas yang terbaik.

image

Tengok sahaja pinggan aku, terpaksa ambil 2 biji pinggan untuk menempatkan lauk utama dan ulam-ulaman. Puas rasanya dapat makan lepas kepenatan membuat persiapan walaupun tak banyak mana aku boleh buat sebab Aqil perlukan layanan dari aku juga (alasan sangat…hehe). Oh ya ayam dari proses mencuci sampailah ke proses merinate aku yang tolong kerjakan yer. Lepas itu adik aku tolong gorengkan hingga habis.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. Abdur says:

    Pastilah puas kalau macam sebanyak itu

  2. Nadot says:

    aaaaaaaaaaa…. sedapnyaaa!!! nak balik Malaysia gi kenduri tambah 4-5 kali!!.. jelesnyeee… huhuhuhu

  3. Bahrain says:

    Banyak tu makan. haha

  4. Lauk yang dimakan dengan sambal tu memang membuka selera…..boleh tambah sepinggan lagi nie

  5. titan says:

    lambat lagi majlis akikah anak-anak gua nih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.