Meja Mudah Lipat Workstation Terbaru.

image

Sampai juga barang yang aku “terbeli” dari Groupon Malaysia beberapa minggu lepas. Ada sikit lewat dari tarikh yang dijanjikan sampai tapi asalkan sampai sudah cukup bagi aku. Kalau tak sampai memang nak kenalah dengan aku. Ini pun sebelum sampai ada kepelikan sikit sebab pihak Groupon email beritahu ada kelewatan sedikit untuk aku terima barang tu tapi tetiba sampai.

Aku ada email tanya mereka juga status barangan ini walaupun dah maklum ada kelewatan, ternyata jawapannya sama bakal lewat terima. Bila aku cek di pejabat barang ini dah sampai. Serius aku pelik dengan sistem tracking Groupon ni, jangan terjadi barang pelanggan gagal sampai dah ler. Sistem support mereka pun aku nampak email sahaja kalau nak follow up sila reply dari email sebelumnya. Tiada sistem berpusat untuk mudah track record report sebelum ini ker macam Web Hosting Provider selalu guna tu?

Ok berbalik pada cerita asal tentang meja lipat ini. Saiznya ok bagi aku dan ianya ringan sesuai dengan fungsi utama “mudah lipat”.

image

image

Aku gunakan meja ini supaya mudah online di ruangan tamu. Sebelum ini guna meja jepun tu tapi rasa sakit punggong pula duduk lama di atas lantai. Bila dah ada meja lipat ini ianya boleh dilaraskan pada ketinggian kerusi ruang tamu. Sambil buat kerja boleh duduk santai di atas kehempukan kusyen.

Ketinggiannya memudahkan pergerakkan kalau perlu bergerak cepat. Biasanya nak kena layan Aqil ler…hehe.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

9 Responses

  1. titan says:

    pehh..berapa harga satu nih?

  2. Anuar says:

    Berbaloi ker beli meja lipat ni dekat Groupon? Mana murah berbanding beli dekat JUSCO?

  3. Rasanya memang okey dah tu…. boleh tambah lagi shopping dengan groupon tu…. ehehehehe

  4. reezluv says:

    mcm best plak..aku memang tengah cari ni..

  5. Ade sape2 lagi yg nal COD Meja Mudah Lipat x ?
    Nak booking pon boleh. Nak urgent pon boleh.
    Nak pre order pon boleh. Nak tengok2 dulu pon boleh 🙂
    X percaya ? PM kami sekarang !!

    COD AREA :-
    1. Kuantan & Kawasan Sekitarnya
    2. Melaka & Kawasan Sekitarnya
    3. Muadzam Shah & Kawasan Sekitarnya
    4. Jerantut & Kawasan Sekitarnya
    5. Maran & Kawasan Sekitarnya
    6. Felda Jengka & Kawasan Sekitarnya
    7. Bandar Jengka & Kawasan Sekitarnya
    Dapatkan segera dengan tawaran istimewa dari kami untuk pelangan terawal.
    .
    POSTAGE & COD PERCUMA SEKITAR MELAKA, KUANTAN, MARAN, JERANTUT & JENGKA !!
    .
    X percaya ? PM kami sekarang !!
    .
    PERKHIDAMATAN POS & CURRIER JUGA DISEDIAKAN.

    Whatsapp atau pm Fb kami untuk info lanjut. InshaAllah kami bantu

    Contact : +6 014-514 4513 ( Taufeq )

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *