10 Tahun Sudah Ibu Kami Pergi.

Al-Fatihah.

Al-Fatihah.

Al-Fatihah.

Setiap tahun tarikh 10 Jun masih segar dalam ingatan saat Allah memanggil kembali arwah ibuku untuk selamanya. Tarikh ini juga merupakan tarikh ulangtahun kelahiran adik aku yang ke-3 jadi memang sentiasa ingat selagi panjang usia dan dikurniakan ingatan yang baik.

Seperti tidak percaya sudah 10 Tahun rupanya insan bergelar ibu buat kami 7 adik-beradik telah mengadap penciptanya. Hanya doa setiap kali lepas solat yang mampu ku berikan buat ibu. Semoga ibu damai di sana, tunggu kami semua ya.

Kepada adik-beradikku jangan lupa sedekahkan doa buat ibu kita setiap kali lepas solat, hanya itu yang ibu harapkan dari anak-anaknya. Jika buat amal jariah niatkan juga pahalanya untuk ibu kita.

Rindu mak sangat-sangat. 🙁

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.