Aqil 9 Bulan.

image

Alhamdulillah syukur kepada Ilahi atas kurniaan anak-anak yang sihat dan cergas fizikal cerdas mindanya. Semalam timbang berat Aqil untuk 9 bulan telah cecah 9.5kg. Patutlah sakit pinggang kalau dokong dia lama sikit, ibarat pikul guni beras 10kg…hehe

image

Kegebuan Aqil sentiasa menjadi tarikan orang semoga khasiat susu ibu dapat dinikmati olehnya sehingga umur 2 tahun. Abangnya dulu sempat setahun sahaja sebab bila Mamanya dah mengandungkan Aqil terpaksa hentikan dan beri Haq susu formula.

Aqil sudah ada sebatang gigi bawah. Berpaut belajar berjalan adalah kegemaran terkininya. Bergurau dengan abangnya adakala terlupa dia tu masih baby lagi. Semoga anak-anak Papa terus membesar dengan sihat.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

6 Responses

  1. mohdridzwan says:

    Tiada apa yang lebih manis dari melihat anak-anak kita membesar di depan mata.
    Keseronokan dalam kepenatan apabila kita melayan kerenah mereka hari demi hari.

    Harapnya anak-anak kita membesar sebagai insan yang hebat dan soleh (paling penting). Kita papa terbaik, kan ejam? Hehehehe

    • Ejam Othman says:

      Amin, kita Papa yang terbaik buat anak masing2.
      Betul tu saat mereka membesar depan mata inilah yang menjadi memori suatu hari nanti untuk dikenang dan diceritakan semula kepada mereka, baru diorg tahu perangai masing2 waktu kecil macam mana kan…hehe

  2. Denaihati says:

    bukan main sihat anak bro. semoga jadi anak yang soleh nanti yer…

  3. titan says:

    okeh.

    aqil memang gebu. hoho..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *