Bantuan Lipat Kain Baju.

image

Syukurlah ada anak-anak yang boleh diharap begini, rajin dan ringan tulang sekali. Aqil kalau nampak baju bertimbun dengan pantas dia pergi nak tolong “kemas” sama. Bolehlah ajak Aqil buat bisnes “upah lipat kain“, bagi harga murah jer RM2 sekilo pakaian lepas dilipat.

image

Nak raya nanti kan pakai banyak duit jadi kenalah buat kerja sambilan untuk tambah pendapatan. Dapat upah masuk tabung Aqil ya.

image

Musim panas sekarang kalau basuh baju sidai kejap jer mesti kering. Bila dah cepat kering maka cepatlah berlonggok kain baju dalam rumahkan. Inilah masanya tukang lipat kain amat diperlukan. Terima kasih Aqil sebab tolong Papa melengahkan masa melipat baju dari kejap boleh jadi lama..hehe.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. Rajinnya Aqil..meh ‘tolong’ acik sekali boleh?.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *