Gigi Baru Satu, Apalah Nasib Jika Bertambah Lagi.

image

Macam ada hajat jer Aqil menggesel dengan Papa ni, kalau nak susu sorilah Papa tiada hasilnya kena minta direct dari Mama ya. Jari tu kalau tak masuk dalam mulut memang tidak sah, tarik tangan tu pastu cium…sedap bau masam tu.

image

Aik dah lentok pula, apakah agendanya ini? Adakah sangkaan aku bakal jadi kebenaran? Budak gebu ini penuh agenda tersembunyi yang adakalanya tidak dapat dibaca tahu-tahu dah terlaksana perancangannya.

image

Ngap…aduyai gigi baru sebatang tidak rasa sakit sangat tapi muka tak bersalah tu buat geram. Mamanya memang jadi mangsa asah gusi dia jer, adakala meraung juga. Aqil oh Aqil gatal gusi tu Papa tahu tapi tolong kawal aktiviti mengasah gigi tu ya, sila pertimbangkan belas ehsan kepada kami juga. Tengok abang Haq dulu asah gusi di kerusi ruang tamu jer…tiada sesiapa yang cedera.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

4 Responses

  1. shark says:

    hehehe..
    kena biasakan ler pasni,
    x kena cakar kena gget.

  2. titan says:

    anak buah aku pun sama. Habis lengan. haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *