Gym Khas Wanita di Temerloh.

image

Sesungguhnya aku baru tahu adanya Gym Khas untuk PEREMPUAN sahaja di Temerloh. Kebetulan terserempak ketika berjalan-jalan hujung minggu lalu di lot kedai baru tepi sungai berhampiran klinik kesihatan sebelah Stadium Temerloh.

image

Pengkhususan ini bagus sebab aurat terpelihara walaupun untuk bersenam demi kesihatan tubuh badan sendiri. Daripada maklumat jadual operasinya kelihatan seperti bisnes ini dibuat secara sambilan sahaja (anggapan aku jer ni). Waktu operasinya adalah seperti berikut:-

1. Gym – Isnin hingga Jumaat (5-6 petang).
2. Senaman sesi petang – Isnin hingga Jumaat (6-7 petang).
3. Senaman sesi malam – Isnin hingga Rabu (8.30-9.30 malam).

Manakala pada hari Sabtu dan Ahad pula gym ini beroperasi mengikut permintaan dengan kumpulan seramai 8 hingga 10 orang.

image

Jika ada yang berminat boleh hubungi ARS Fitness Studio di nombor telefon 019-9636364 @ 014-8295108. Ini adalah penulisan umum sekadar berkongsi info, aku tidak dibayar untuk mengiklankan servis ini. Namun jika ada pihak nak mendapatkan servis berbayar bolehlah hubungi saya jangan risau harga boleh runding.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

9 Responses

  1. Abdur says:

    Elok juga bro…,sebab biasanya orang yang pergi GYM itu pakai baju ketat.

  2. nurmisnan says:

    Really.. bestnya. Semua gegals jer.. nak buat apa2 pun x kisah.. makin kurus ler mak jemah.. hehehe

  3. Kebetulan kat area umah ada macam nie studio aerobik / zumba untuk gadis dan wanita juga…..tapi lepas abis latihan diorang lepak je kat kedai makan port yang gua selalu lepak malam2x….hehehehhe

  4. Hairul Azni says:

    Bagus..dapatlah orang2 perempuan menjaga aurat mereka..

  5. Brader Kecik says:

    Tak tahu pulak ada konsep macam ni..apa pun, ia memang bagus..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *