Hot Pole Dancer.

image

Tajuk seram jer bunyi, jangan ada yang mencari keyword pole dance panas tu dah ler sebab bulan puasa dah nak dekat. Ini aksi Aqil malam tadi yang sekarang ni suka sangat memanjat dan berjalan secara berpaut dari satu tempat ke tempat yang lain. Bila tiba di kaki meja tu inilah aksinya siap meliuk lentok lagi badannya yang gebu tu.

image

image

Dah rasa semagat nak berjalan sangat agaknya Aqil ni sampaikan kadang-kadang tengah jalan berpaut tu dia boleh lepas tangan, lupa diri ler tu yang awak belum boleh berdiri dan jalan lagi. Adakalanya terlepas tangan dan jatuh ler, kalau sakit melalak kalau kurang senyap dan bangun buat lagi.

image

Berlatihlah dengan cara yang betul ya Aqil dan jangan lupa aspek keselamatan yang bersesuaian dengan umur awak tu baby belum cukup setahun. Papa dan Mama tak sabar nak main kejar-kejar dengan Aqil nanti abang Haq pun boleh kejar Aqil sama.

Meriahlah rumah dengan suara hero berdua ni nanti serta disulami dengan tepikan dari Mama dan Papa kalau ada aksi berkelahi…hehehe…itu pasti.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

2 Responses

  1. azwan says:

    fuh…seksinya..geget kaki tu nanti..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.