Kami Geng Kening Tebal.

image

Tajuk macam kisah kumpulan kongsi gelap saja padahal ini kisah kami ahli kumpulan Geng Kening Tebal yang comel. Gambar ini berjaya dipotretkan oleh isteriku petang semalam sementara menunggu makan malam siap. Masak di kedai jer…hehe.

image

Yang makan hanya kami bertiga sahaja, Aqil hanya tengok selepas cubaan beri dia makan nasi yang dihidang diluahkan semula. Entah kenapa mungkin tak kena selera dia gamaknya.

Air buah tu dipandang tajam oleh dia dengan harapan dapat seteguk tapi maaf tak boleh sayang awak tu baby lagi. Kedai makan ini punya harga tak boleh lawan harga Restoran Tawan yang selalu kami pergi kalau terasa nak makan di luar. Hidangan semalam semuanya lebih garam, mungkin tukang masak nak kahwin agaknya. Walaupun lebih tapi tidak berlebihan masih boleh dimaafkan lagi.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

7 Responses

  1. akubiomed says:

    Kalau orang dulu-dulu akan letak celak.

  2. sohoque says:

    eh bukannya kalau nak kawen lebih gula ker.. hehehe

  3. eXplorasa says:

    huntong la ada kening tebal…! hahahaha

  4. eyza says:

    kitaorang adik beradik pun kening tebal.. sampaikan ada yg ingat kami ni keturunan mamak.. lawak jer..

  5. Abdur says:

    Siapa agaknya tukang masak itu?

  6. Brader Kecik says:

    Wah..semua kening ikut bapak la.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *