Love Home Fair 2014 di Mentakab.

image

Hari ini bermulanya Love Home Fair 2014 yang bertempat di Dewan SMK Hwa Lian. Berlangsung dari 5 hingga 8 Jun 2014 pameran ini memberikan tawaran harga bagi perabot rumah antaranya set sofa dan tilam. Banyak juga sofa yang cantik-cantik tapi aku hanya cuci mata sahaja sebab kalau nak beli pun rumah tak siap lagi.

image

Set sofa ini agak menarik sebab boleh dilaraskan menjadi kerusi rehat yang sangat selesa. Promoter tu siap buat demo bakar kulit yang mereka gunakan untuk sofa tersebut bagi membuktikan ketulenan kulit yang digunakan. Memang tidak terbakar.

image

image

Sofa di atas ini antara yang menarik perhatian aku sampaikan sesi demo dan soal jawab begitu lama aku layan. Fabriknya boleh ditukar mengikut pilihan yang kita suka. Material kusyen sofa ini adalah diperbuat dari getah bukan lapisan span yang biasa digunakan oleh sofa biasa. Lagi menarik semua fabrik luaran boleh dibuka untuk dicuci termasuklah fabrik keliling rangka sofa tersebut.

image

Pelbagai jenis tilam dan set bilik tidur juga ada dipamerkan. Ada beberapa pempamer menawarkan harga murah dan pelanggan yang berminat boleh letak deposit tanda setuju dengan harga tawaran dan boleh tangguh pembelian selama setahun andai rumah belum siap lagi. Bila dah sedia nak bawa masuk perabot tersebut hanya hubungi mereka dan langsaikan pembayaran sepenuhnya dan dapatlah barang.

Menarik sekali tawaran tersebut.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

1 Response

  1. Hi Ejam, can i know more details regarding to this Love Home Fair at Mentakab / or oths place?
    tks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.