Mengajar Anak Kecil Berpuasa.

image

Bulan Ramadhan bakal menjelma, InsyaAllah 29 Jun 2014 kita bakal berpuasa. Seperti kebiasaan yang dewasa mungkin sudah bersedia tapi bagi anak-anak kecil selaku ibu bapa harus memainkan peranan dalam mendedahkan ibadat berpuasa ini sejak kecil. Mulakan dengan yang ringan-ringan sahaja sambil terapkan kebaikan berpuasa dan hikmahnya. Anak-anak mudah dilentur dengan cara lembut.

image

Cara lembut yang boleh digunakan terlebih dahulu ialah cakap elok-elok bersemuka sambil lepak tengok tv bercerita kenapa dia harus puasa dan apa akan dia dapat kalau berpuasa dengan betul. Ada ibu bapa menggunakan pendekatan yang memberi “reward” jika anak berjaya puasa penuh juga boleh dilakukan tapi perlu ada penerangan reward yang Allah beri lebih besar lagi nilainya dari apa yang kita beri itu. Bila beri imbuhan duit jangan lupa pula ajar menabung dan tidak perlu membazir beli juadah berbuka banyak-banyak kerana semuanya telah dan bakal disediakan oleh ibu bapa. Simpan duit dalam tabung, dah banyak nanti masuk dalam bank pula.

image

Berbuka puasa mesti nak makan yang sedap-sedap, semua orang dalam satu rumah tu kalau boleh masing-masing nak beli juadah kegemaran dan akhirnya berlaku pembaziran. Ini amalah tidak sihat dan harus ditegah sebelum memburuk. Berbincang cara baik, tanya apakah kehendak masing-masing dan kemudian tetapkan giliran untuk merasa juadah kegemaran tersebut. Tidak rugi pun menunggu kerana ianya mengajar erti bersabar selari dengan kehendak bulan mulia itu.

image

Manjakan anak ada caranya, siapa tidak suka tengok muka gembira anak-anak bila dapat apa yang diingini. Bila berada di meja makan untuk berbuka tengok pula wajah ceria mereka sama-sama menunggu waktu azan berkumandang terasa seronoknya. Yang puasa penuh dan yang separuh hari pun duduk sama menunggu berbuka itukan lebih baik janganlah didenda yang tidak cukup syarat itu dari makan semeja nanti terasa hati pula anak itu. Cakap dan terangkan secara baik. Mulakan dengan makan buah kurma terlebih dahulu jika tiada buah-buahan pun boleh dijadikan permulaan yang baik sebelum berbuka makanan berat.

image

Selesai menguruskan cara terbaik ajari anak berpuasa tiba pula giliran ibu bapa menyiapkan diri. Biasalah bulan puasa mesti keletihan lebih dan mengantuk di tempat kerja tapi itu tidak boleh dijadikan alasan kerana hikmah berpuasa bukan bererti alasan untuk bermalas-malasan. Bila berbuka jangan makan terlalu banyak nanti mulalah mengantuk awal, tingkatkan stamina diri walaupun bulan puasa ada caranya perlukan penyesuaian semula sahaja.

Penafian:- Perkongsian dalam entri ini aku gunakan gambar Aqil sebagai penceritaannya dan bukanlah aku nak paksa baby comel umur 8 bulan tu berpuasa pula :). Entri ini juga adalah penyertaan aku untuk Contest Woman Online Magazine | Majalah Online Wanita.

WOM.my-Contest-Women-Online-Magazine

Hadiah-hadiah yang ditawarkan juga menarik, dapat bercuti seisi keluarga lagi.

Tempat Pertama : Penginapan 3 hari 2 malam  di salah satu daripada 3  buah hotel yang ditawarkan (RM 500 )  + Kupon Google Adword (RM 150 )

Tempat Kedua : Penginapan 2 hari 1 malam  Palace Golden Horses, Selangor  ( RM 400)+ Kupon Google Adword (RM 150 )

Tempat Ketiga : Penginapan 2 hari 1 malam  di salah satu daripada 3 buah hotel yang ditawarkan ( RM 250 )  + Kupon Google Adword (RM 150 )

Hadiah Saguhati : 5 X Kupon Google Adword (RM 150 )

Semoga ada rezeki nak menang salah satu hadiah penginapan yang ditawarkan. 🙂

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini “Setiap Gambar Ada Cerita”. Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

14 Responses

  1. KiD says:

    mengajar anak kecil berpuasa.. teringat masa aku kecil dulu.. belajar puasa, mesti ada yangyuk.. hehehe

  2. sohoque says:

    ya.. jgnlah didenda terlalu keras si anak tu. sambil tu jgn lupa terapkan juga kewajipan solat. sbb ajar utk anak tidak tinggalkan solat itu lebih utama daripada puasa. sbb tu ada hadith syorkan supaya pukul anak jika masih tak bersolat ketika menginjak umur 7 tahun.

  3. eXplorasa says:

    moga ajaran kita sedari awal usianya akan membuatkan anak-anak teguh pegangannya di atas urusan puasa ini..

  4. Eizil says:

    setuju, kalau dari kecil dan diajar, pasti tiada masalah nak amalkan bila dah besar kan… Semoga semuanya dipermudahkan bro… 🙂

  5. Hafiz Rahim says:

    Mengajar anak untuk berpuasa memang kena banyak bersabar..macam ibu bapa kita bersabar dengan kita dlu. Hehehe

  6. Kalau dah diajar sewaktu usia awal macam ni, kemudian hari takda la anak kecil tu terasa berat nak berpuasakan.

  7. Tahun lepas anak saya yang sulung je mula belajar berpuasa..tak dapat penuh sebulan..cuma hampir2 je..tahun ni dia dah masuk umur 8 tahun dan dah tanam azam nak puasa penuh..adiknya yang tahun ni masuk umur 5 tahun pun dah ada bagitahu nak puasa jugak..memang seronok ajar anak2 berpuasa ni..macam2 ragam diaorang..

  8. Hairul Azni says:

    Memang seronok ajar anak2 berpuasa..paling best tengok gelagat diaorang masa bersahur dan berbuka puasa..

  9. Boleh mulakan dengan menceritakan kebaikan mengenai puasa dan yang penting pendedahan dan didik mereka di usia muda memang amat baik….

  10. titan says:

    bagus gak tu. kena didik dari awal.

  11. Bagus kalau boleh start puasa dari kecil. Kalau dah besar nanti liat sikit 🙂

  12. Comel baby tu 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *