Sudah Boleh Gunting Rambut Tanpa Perlu Dipegang.

image

Sabtu lepas buat pertama kalinya Haq sudah boleh gunting rambut duduk sendiri atas kerusi tu tanpa perlu Papanya duduk sekali dan pegang. Entah dari mana dia dapat keberanian itu aku pun tidak pasti. Mungkin dia segan dengan seorang budak yang duduk di hujung sekali mampu duduk sendiri tanpa dipegang.

image

image

Waktu ini hanya aku dan dia sahaja, Mamanya dengan Aqil tunggu dalam kereta. Elok tidak meragam atau ada tanda-tanda nak memberontak pun. Aku hanya perlu pegang bahagian dagunya agar dia tidak terlalu menunduk yang mana menyukarkan uncle tu gunting rambut.

Tahniah Haq dah semakin berani, kata anak lelaki kan harus berani.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

6 Responses

  1. Anuar says:

    Bagusnya Haq.. Macam tulah, baru jadi Abang Long…. Gembira membaca perkembangan anak-anak Bro..

  2. KiD says:

    haaaaa…. dah besar. budak lelaki kena berani dah.. macam anak aku tu.. hehehe

  3. Bahrain says:

    budak kecil biasalah takut kena gunting, hahaha, lama-lama dah besar dah biasa, silap-silap pergi sorang gunting rambut. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.