Abang Gurau Kasar Dengan Adik Itu Biasa.

image

Macam dah lama tak update blog rasanya sebab sibuk dengan beberapa perkara yang datang dalam masa yang sama. Selain itu rezeki bisnes Seluar Pelikat @HEYdotMY juga kian bertambah sampaikan ada stok tidak sempat letak di Instagram dah terjual melalui Whatsapp jer, Alhamdulillah. Perkembangan anak-anak juga menjadikan masa untuk pegang telefon kian berkurangan, yeler aku update blog pun terus dari telefon sahaja.

Haq dan Aqil sama-sama bertambah aktif dan saling “sayang-menyayang” antara satu sama lain. Yang kecil jangan disangka tak pandai membuli, bila abangnya leka atau sedang tidur maka itulah waktu adik datang bergurau dengan penuh kasih sayang.

image

Mereka bergurau tak kira tempat asal ada peluang terbuka jer. Aqil suka tarik rambut abangnya manakala abangnya Haq pula kalau tak gurau kasar dengan adiknya memang tak sah. Tahap kasar tu masih dalam pemantauan dan boleh diterima akal lagi.

image

Setiap kali apa yang dibuat pada adiknya mesti diingatkan perkara tersebut tidak boleh dilakukan sebab adik masih kecil kena sayang adik. Adakalanya cakap tak jalan kena juga lepuk sayang dengan Papanya ni..hehe. Lepas pukul kita ceritakan apa kesalahan dia biar pun perkara sama sebab lama-lama dia ingat dan serik untuk ulanginya.

Semoga abang dan adik akan jadi sahabat yang baik tidak kira dalam apa jua situasi.

Ejam Othman

Saya Ejam atau nama sebenarnya Mohd Hairulnizam Bin Othman adalah seorang blogger separuh masa. Kini berkhidmat untuk rakyat jelata. Minat menulis dan merakam gambar sesuai dengan tagline blog ini "Setiap Gambar Ada Cerita". Hubungi atau kenali saya lebih lanjut. Saya juga menyediakan ruang Advertorial berbayar di blog ini.

You may also like...

5 Responses

  1. Gua tengah fikir.. Nak tambah lagi sorang je tidak dalam masa terdekat. Sian dekat Fisha

  2. Bahrain says:

    kalau dah bosan memang selalu dengkilah adiknya. haha

  3. hanari says:

    tambah adik satu lagi yang perempuan agar semakin ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.